10.22.09
Ceramah Palestin dan Warna Warni Muslimah
2 aktiviti akan diadakan pada hujung minggu hadapan. Kedua-dua aktiviti tersebut adalah anjuran bersama PMPMS dan MSM. Ceramah Palestin akan diadakan pada hari Sabtu, 31 Oktober manakala Warna Warni Muslimah pada hari Ahad 1 Oktober. Sama-samalah kita memeriahkan kedua-dua majlis tersebut. Semua dijemput hadir.
Ceramah Palestin:

Warna Warni Muslimah

10.19.09
Program Rimbunan Kasih PMPMS-SMSA


Majlis Rasmi Program Rimbunan Kasih yang merupakan program keluarga angkat telahpun berlangsung semasa majlis Raya@SMSA. Seramai 55 orang pelajar baru daripada kalangan undergraduate dan 23 keluarga postgraduate telah terlibat dalam program ini. Semoga program ini dapat merapatkan lagi ukhuwwah, mewujudkan support system yang lebih berkesan dan memberi manfaat kepada keluarga angkat dan anak angkat.
Amanat daripada Penghulu PMPMS
Malam tadi saya telah menghadiri Majlis Eid SMSA. Alhamdulillah, program Rimbunan Kasih telah disempurnakan dengan penyerahan anak angkat. Terima kasih dan tahniah kepada Sdr Rahman dan barisan ajk SMSA kerana bertungkus lumus mengendalikannya. Insyallah, perhubungan yang terjalin antara keluarga dan anak angkat anda akan kekal hingga akhir hayat. Saya juga telah sempat mengambil seorang anak angkat kerana namanya tidak tersenarai.
Namun, berdasarkan pengalaman lepas, ada sesetengah keluarga yang ‘hilang’ perhubungan dengan anak angkat. Jumpa sekali selepas itu menghilang. Dalam hal ini, kita tidak sepatutnya mempersalahkan anak angkat sahaja. Ada banyak faktor yang menyumbang kepada fenomena ini baik dari anak angkat mahupun keluarga angkat.
Sikap keluarga angkat yg menganggap anak angkat sebagai ‘helper’/pembantu sewaktu majlis seperti hari raya dirasakan kurang sesuai melainkan kerelaan anak angkat mereka. Tiada salahnya meminta tolong tetapi jika setiap kali datang mempunyai motif tertentu, sudah tentu ia lari daripada objektif program. Saya berharap agar warga PMPMS tidak terus dilihat ‘mempergunakan’ anak angkat ini untuk kepentingan sendiri. Bagi yang berkenderaan, bawalah anak-anak angkat sekali-sekala keluar daripada Sheffield untuk berjalan-jalan seperti ke berkelah, carboot sale atau ke bandar-bandar lain.
Jazakallahu khairan Kathiran
Kamel Wan Ibrahim
Penghulu PMPMS
————————————————————————————————
Ucapan daripada Presiden SMSA
Mengenai Program Rimbunan Kasih, saya mengharapkan agar program ini berjalan sepanjang tahun. Freshers kali ini sangat-sangat memerlukan bantuan dari abang-abang dan kakak-kakak sekalian untuk tinggal dibumi Sheffield ini. Saya sudah menasihatkan mereka agar selalu keep in touch dengan keluarga angkat masing-masing. Di harap program ini akan memberi manfaat kepada freshers dan juga kepada abang-abang dan kakak-kakak sekalian.
Autumn Futsal Tournament



Syukur Alhamdullilah, program sukan futsal kali ini dapat berjalan dengan lancar walaupun habis lewat sikit (Sori pada orang rumah yang tunggu lama sikit). Kepada semua warga PMPMS yang participate dengan bersemangat sekali, kami ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua (Tak sangka warga PMPMS ni sporting juga). Walaupun sebelum kejohanan, kita mendapat berita ada beberapa peserta, tak berapa sihat tp dpt dtg jugak,,,TQ
Bagi penyokong yang dtg, juga terima kasih atas sokongan anda… (Nampak Kak Azu & Abg Suzaili datang memberi sokongan untuk Atiq & Faris, TQ)… Kepada Penghulu PMPMS yang sudi merasmikan kejohanan kali ini (walaupun tak dpt main, merasa tiup wisel pun jadila)…Tak lupa juga kepada photographer2 yang turut sama memeriahkan kejohanan (Yang dah upload dalam fb tu TQ (Harris & Kamel), pada yang lain tu boleh le upload dalam yahoo group PMPMS kalau senang)…TQ
Kepada ‘member’ yang terlibat secara langsung, Kino, Abbad, Rahman, Musreen & juga kepada semua yang telah menyumbang cadangan, idea dan pandangan, hanya ucapan terima kasih yang dapat kami berikan…Tak lupa pada Sharizal (Idai) & Kak Hanim atas sumbangan kreatif decoration pada mug hadiah…TQ again…
Seterusnya, sekalung tahniah kepada pasukan yang telah berjaya menjuarai kejohanan kali ini (Red See Rovers). Tak lupa juga pada naib johan (Junc 29 FC), tempat ketiga (Old Koat United) & (Marshlane Athletic) dan team Ya Fai FC & Midowhall Wonderers yang tak da luck mungkin next time kalau ada kesempatan rezeki & umur boleh cuba lagi…yang penting dapat join game dan berkumpul bersama…
Kami juga ingin memohon maaf sekiranya dalam penganjuran kali ini ada kekurangan dan ketelanjuran kata. Juga, kalau email kami sepanjang penganjuran kejohanan, menggangu mailing list PMPMS, maaf sekali lagi.
InsyaAllah kalau ada rezeki & umur yang panjang, dan permintaan dari warga PMPMS kita akan cuba organize lagi…
Akhir kata, “Kalau ada sumur di ladang, dapat kami menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita main futsal lagi”…
Sekian dulu dari kami,
Zamali & Sharul
AJK Sukan PMPMS
09.30.09
Autumn Futsal Game!!!

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua warga PMPMS…
Berita baik untuk semua kaki bola dan peminat bola PMPMS… Setelah lama berehat kini tiba masa untuk kita kembali mengaktifkan diri dengan aktiviti sukan yang telah dirancang. Unit sukan PMPMS akan menganjurkan kejohanan ‘Autumn Futsal Game’ pada 18 Okt 09 bersamaan hari Ahad.
Tema kejohanan kita kali ini, “Memupuk Semangat Muhibbah Warga PMPMS Melalui Sukan”. Satu format baru akan dibuat bagi mencapai objektif tema kejohanan. Tungguuuuu. daftar dulu baru tau…
Pendaftaran akan dibuka dan semua warga PMPMS yang berumur 16 tahun keatas boleh mendaftar… pendaftaran boleh dibuat secara online dan boleh berhubung terus dengan Zamali (07853274937) atau
Sharul (07545984632)
Yuran penyertaan hanya £2. Jadi daftar sekarang sebelum kehabisan stok.
Semoga semangat muhibbah antara antara warga PMPMS akan terjalin erat melalui aktiviti sukan ini…Skill tak penting, menang belakang kira janji semangat nak memeriahkan sukan tu ada…So marilah sama2 kita bersukan sambil mengempiskan perut… (he he he jgn mara). Sekian dulu dari Unit Sukan PMPMS. info lanjut akan menyusul.
Daftar jangan tak daftar…
09.29.09
Raya! Raya! Raya!



Salam,
Sesudah sebulan berpuasa, tibalah sudah masa yang ditunggu-tunggu. Hari Raya Aidilfitri atau Eid Mubarak menjelma kembali. Pada tahun ini, warga Sheffield berpuasa selama 29 hari, dan menyambut Hari Raya pada hari Ahad, 20 September 2009.
Warga Sheffield mula hadir ke PMC seawal 8.30 pagi. Selepas solat Hari Raya, tahlil ringkas telah diadakan untuk ahli keluarga yang telah pergi khasnya ibu kepada sahabat kita, Hussin yang telah kerahmatullah pada pagi hari raya pertama. Alfatihah…
Makanan serta lauk pauk yang disediakan oleh setiap kariah ditambah dengan potluck, amat menyelerakan. Perasaan gembira terpancar pada setiap raut wajah para hadirin.
Pihak PMPMS turut mengadakan pertandingan personaliti Aidilfitri untuk pelbagai kategori. Kategori bayi comel Aidilfitri telah dimenangi oleh adik Aishah Syahrin. Kategori Single lelaki dan perempuan dimenangi oleh Mas Afzal dan Norshazwani. Kategori yang paling ditunggu-tunggu iaitu, Pasangan Aidilfitri dimenangi oleh keluarga Saari dan Suria.
Setelah tamat majlis hari raya, para hadirin ziarah menziarahi rakan taulan dan menghadiri open house.
Kemeriahan Aidilfitri di Sheffield tidak tamat pada 1 Syawal sahaja. Pada setiap hujung minggu sepanjang Syawal, Open house telah/akan diadakan mengikut kawasan.
26 dan 27 September – Open House Darnall
3 Oktober – Open house Tinsley
10, 11 dan 12 Oktober – City Centre dan Firth Park
Sila periksa email anda untuk jemputan open house =)
Aktiviti Bulan Ramadhan

Salam,
Alhamdulillah, Ramadhan telahpun berlalu dan Syawal telah menjelma. Semasa Ramadhan yang lalu, pihak PMPMS telah berjaya mengadakan majlis Iftar sebanyak 3 kali pada hari Sabtu setiap minggu. Iftar tersebut telah di adakan di Pakistan Muslim Centre (PMC). Selain berbuka puasa bersama-sama, sesi ceramah, solat Terawih dan moreh turut diadakan.
Iftar pertama telah diuruskan oleh kariah Darnall, iftar kedua oleh Tinsley dan yang terakhir oleh kariah City Centre dan Firth Park. Beberapa ahli PMPMS yang baru mendapat cahaya mata juga telah mengambil peluang iftar tersebut untuk mengadakan aqiqah.
Selain daripada iftar pada hujung minggu, aktiviti dalam kariah masing-masing turut diadakan. Ini termasuklah mengadakan solat terawih di rumah ahli kariah secara bergilir-gilir, bertukar-tukar kuih muih dan mengacau dodol.
Akhir kalam, jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Sheffield yang telah bersama-sama berganding bahu untuk menjayakan aktiviti-aktiviti pada bulan Ramadhan
08.20.09
Laporan Kursus Pemantapan Solat
Pada 8 Ogos yang lepas, Kursus Pemantapan Solat anjuran PMPMS telah dijalankan dengan jayanya. Seramai 69 peserta dari dalam dan luar Sheffield telah menghadiri kursus tersebut. Walaupun kursus tersebut berjalan sehari suntuk, majoriti peserta nampak tidak keletihan, malah terhibur dengan penyampaian Ustaz Zaharudin yang sangat informatif serta kadangkala melucukan.
Pihak PMPMS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Zaharudin yang sudi meluangkan masa mengendalikan kursus pada kali ini. Tidak lupa juga kepada semua peserta yang begitu komited serta pihak AJK yang bertungkus lumus bekerja untuk memastikan kursus tersebut berjalan dengan jayanya.
Berdasarkan kejayaan kursus kali ini, PMPMS merancang untuk mengadakan sekurang-kurangnya 2 lagi modul ceramah atau kursus iaitu mengenai Keluarga Bahagia dan Kewangan Islam. TUNGGU……..
07.24.09
Sukan Persahabatan PMPMS dan Cranfield


Pada 18 Julai yang lalu, telah diadakan sukan persahabatan antara PMPMS dan Persatuan Pelajar Malaysia Cranfield. Aktiviti yang dijalankan ini berbentuk santai serta bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim. Pelbagai acara sukan telah diadakan, antaranya badminton, futsal, ping pong dan bola jaring.
Berikut adalah keputusan perlawanan yang telah diadakan:
Badminton:
Pusingan pertama: Cranfield (3) – PMPMS (2)
Pusingan kedua: PMPMS (2) – Cranfield (0)
Futsal:
Pusingan pertama: PMPMS (4) – Cranfield (0)
Pusingan kedua: PMPMS (1) – Cranfield (1)
Bagi ping pong dan sepak takraw, hanya perlawanan santai diadakan antara kedua-dua pasukan. Kontijen helwa pula terlibat dengan sukan badminton dan bola jaring manakala kanak-kanak terlibat dengan acara futsal.
Untuk pengetahuan semua, majoriti pelajar Malaysia di University Cranfield mengikuti pengajian dalam bidang Aerospace, Engineering dan MBA.
Sekalung tahniah dan terima kasih kepada kontijen PMPMS yang telah menyertai sukan ini dengan semangat kesukanan yang tinggi. Tidak lupa kepada Chef de Mission kita, Zaki (Crookes) yang telah berusaha mengumpul dan menguruskan kontijen PMPMS. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada warga Cranfield atas layanan yang mesra serta makanan tengahari yang disediakan.
Sekian.
Di edit daripada laporan Zamali
07.05.09
Dalam Kenangan Family Day 08/09
Family Day 08/09
4 Julai 2009
Ponderosa Netherthope City Centre
All4ONE,
by Mr Zahuri

Aksi di Family Day 08/09
by Mr Nasree












