February 26, 2010

Forum Maulidur Rasul

Posted in Uncategorized at 6:16 pm by mysheffield

Sempena Maulidur Rasul yang menjelma kembali, satu program pengisian rohani akan diadakan seperti berikut;

Peta ke Croft House

Semua warga Sheffield dijemput hadir..

January 5, 2010

Amaran: Salji Lebat di Sheffield

Posted in Uncategorized at 12:43 am by mysheffield

Assalamualaikum,

Menurut laporan kajicuaca, salji akan turun secara berpanjangan mulai tengah malam ini hingga hari rabu dengan suhu dibawah paras beku. Sehubungan dengan itu, adalah dinasihatkan warga PMPMS supaya mengambil langkah berjaga-jaga. Berdasarkan pengalaman Februari 2009 lepas, perkara-perkara yang berlaku adalah sepertipengangkutan awam tergendala, beberapa sekolah ditutup, pekerja pulang awal dan kesesakan lalulintas. Sekiranya ini berlaku esok, diharapkan warga PMPMS bijak mengatur strategi bagi mengelak kesusahan.

Kepada pengguna jalan raya, berikut adalah tip-tip keselamatan memandu dalam keadaan salji.

1) Gunakan jalan raya utama yang telah ditabur garam grit.
2) Jangan memecut atau memotong.
3) Memandu dengan halaju yang rendah dan bergear rendah.
4) Jangan menukar gear atau berhenti ketika menaiki bukit.
5) Gunakan gear rendah ketika menaikidan  menuruni bukit.
6) Jika cuaca semakin buruk dan perjalan tergendala , buat persiapan untuk menunggu RAC atau AA seperti bekalan makanan dan minuman serta pengecas bateri HP dalam kereta.

Kepada sesiapa mempunyai tips atau pengalaman situasi cuaca buruk bersalji, bolehlah ‘reply all’ untuk dikongsi bersama.

Jazakallahukhair

Kamel Wan Ibrahim
Penghulu 2009/2010

August 20, 2009

Salam Ramadhan

Posted in Uncategorized at 7:27 pm by mysheffield

Assalamualaikum, warga PMPMS yang dikasihi,

Menjelang bulan Ramadhan yang penuh barakah, saya dan barisan ajk PMPMS mengucapkan selamat beribadah di bulan Ramadhan. Semoga ia meningkat ketakwaan kita kepada ALLAH s.w.t. Insyallah PMPMS akan menganjurkan majlis Iftar, ceramah, sembahyang terawih dan Majlis sambuatan Aidil firtri yang akan bermula pada 29 Ogos 2009.

Wassalam,

Kamel Wan Ibrahim
Penghulu