November 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Posted in Aktiviti, Berita Terkini at 1:47 am by mysheffield

Insyallah dalam minggu depan, kita akan menyambut hari raya Aidil-adha.  Pada tahun ini Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Jumaat. Oleh itu terdapat isu kesesuaian masa dengan rutin seharian kita.

Setelah mendengar pandangan dari pelbagai pihak, saya telah membuat keputusan untuk membuat program sembahyang raya haji dan ibadat korban secara berasingan (seperti biasa). Ini kerana faktor hari jumaat  dan logistik daging korban serta sebab lain-lain. Bagi solat sunat Aidiladha, insyallah kita adakan pada Jumaat 27 November 2009 bertempat di Pakistan Muslim Center, Woodbourn Road, Sheffield S9 3LQ

Berikut adalah tentatif program; 27 November 2009   Jumaat

10.00 pagi  – Takbir bermula

10.30 pagi  –  Solat Aidil-adha

11.00 pagi  –  Selesai Khutbah dan Jamuan Pot-luck

12.00 tghari – Solat jumaat (Zuhur 11.55 pagi)

1.00  petang – Bersurai

Ibadat Korban

Kepada yang berniat untuk melakukan korban, boleh memberikan nama kepada Sdr Bukhari Mansoor (bukhari_ruh@ yahoo.com). Kadar seekor kambing adalah £70 seekor. Tarikh majlis kenduri korban belum diputuskan lagi kerana masalah tempahan PMC (masih dalam rundingan) yang tidak dibuka pada hujung minggu. Kemungkinan besar kita akan lantik beberapa rumah untuk dijadikan pusat pengagihan. Tarikh akhir adalah pada selasa 24 November 2009.

Saya membuka ruang kepada warga PMPMS untuk mengutarakan cadangan atau pandangan.

Semoga mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t

Jazakallahukhairan kathiran

Kamel Wan Ibrahim
Penghulu

August 7, 2009

Kursus Pemantapan Solat

Posted in Berita Terkini at 2:04 am by mysheffield

**** PEMBETULAN: POSKOD BAGI SPECTRUM CENTRE IALAH S3 9LS *****

Kursus Pemantapan Solat

PMPMS akan menganjurkan Kursus Pemantapan Solat yang akan disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin. Kursus intensif ini terbuka kepada semua warga Sheffield dan luar Sheffield. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, perkhidmatan menjaga anak akan diberikan semasa kursus dijalankan. Yuran pendaftaran boleh dibayar di kaunter pendaftaran pada hari kursus.

Kursus tersebut akan diadakan di Spectrum Centre, 105 Brunswick St, S3 9LS Sheffield. Berikut adalah panduan untuk ke tempat kursus dengan menaiki pengangkutan awam.

How to go to Spectrum Centre

Bas

1- Dari Sheffield Interchange Bus Station

Sila naiki bas 265 dan berhenti di Bungreave Road/Gowar Street (4 mins) dan jalan ke Spectrum (4 mins).

2- Dari West Street

Sila naiki bas 52 dan berhenti di Wicker Wk3 (3 mins) dan jalan ke Spectrum (10 mins).

Keretapi

Sila pergi ke Sheffield Interchange yang terletak berdekatan dengan stesen keretapi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari web di bawah:

http://tsy.yorkshiretravel.net/journeyplanner/enterJourneyPlan.do

April 28, 2009

Sukan PMPMS 08/09

Posted in Aktiviti, Badminton, Berita Terkini at 10:53 pm by mysheffield

Assalamualaikum wrt,

Akhirnya telah tiba saat-saat yang ditunggu-tunggu iaitu perlawanan sukan antara jajahan iaitu jajahan City, Firth Park, Tinsley dan Darnall.

Sukan badminton sebagai pembukaan. Seperti tahun-tahun biasa semangat kesukanan pasti terserlah dan tahun ini Live dari Concord.

Pada 25/04/2009 telah berlangsung perlawanan badminton kategori Lelaki dan keesokkannya iaitu 26/04/2009 giliran Wanita untuk menguji ketangkasan di gelanggang.

Berikut adalah laporan khas daripada pihak pengurus iaitu En. Azman Ibrahim

Salam bahagia,

Berita yang menggemparkan telah dikenalpasti dari concord. Rampasan takhta kejuaraan badminton telah berlaku.

Perlawanan-perlawan an yang mendebarkan dengan persembahan aksi terbang, smash melencong, tepisan, servis mengelirukan, dan lain-lain lagi semuanya dapat disaksikan pada tengahari tadi. Skil-skil yang ditunjukkan, atau dikeluarkan oleh pemain-pemain sangat mengkagumkan dan menghiburkan semua penonton yang hadir.

Saya ada bersembang dengan salah seorang penonton tempatan yang bernama John Smith yang turut serta menyaksikan semua perlawanan dari mula hingga akhir. Di antara kata-kata beliau yang telah ditranslatekan dlm bahasa melayu.

“Patutlah Malaysia sudah lama tarak angkat itu piala Thomas. Rupa-rupanya semua pemain ada kat Sheffield.”

Berikut adalah keputusan perlawanan;

Pemenang pertama    : CTFP

Pemenang kedua       : Tinsley

Pemenang ketiga       : The Rojak City FP

Pemenang keempat   : Darnall

Pemenang kelima hingga ke Tiga puluh tidak diumumkan kerana tak muat dalam emel ini.

Dengan ini, saya bagi pihak PMPMS mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang, Terima kasih kepada semua pemain yang telah menghiburkan semua para penonton. Terima kasih juga kepada penghulu yang sudi memberikan hadiah kepada semua pemain, terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sudi menolong dalam penganjuran kali ini seperti membawa peralatan, tolong kira markah, menjadi pengadil dll, dan tidak lupa juga kepada penyokong dan penonton yang telah sama-sama menghingar-bangarka n concord, terima kasih diucapkan.

Mohon maaf jika ada kekurangan dalam penganjuran kali ini.

Sekian sahaja laporan saya, salam hormat dari kami.

Majulah sukan di mana jua anda berada.

En. Azman Ibrahim

Manakala laporan khas daripada pengurus Wanita iaitu Pn. Seri Rahayu

Maaflah lambat nak beritahu keputusan pelawanan badminton helwa 2009 yang berlangsung semalam. Memang seronok serta terimakasih banyak kepada peserta yang memberi kerjasama yang baik pada saya dan dapat menjayakan perlawanan serta mengikut masa yang ditetapkan.
Berikut adalah keputusan perlawanan badminton helwa 2009

1. Johan – Pn Azu dan Pn Su Z
2. Naib Johan – Pn Rozita dan Pn Pauziah
3. Tempat Ketiga – Pn Suria dan Pn Norhayati
4. Tempat Keempat – Pn Rina – Pn  Yati
5. Tempat Kelima – Pn Rozi dan Pn Siti Rahayu
6. Tempat Keenam – Cik Tini dan Cik Mahar

Dengan ini, saya bagi pihak PMPMS mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang, Terima kasih kepada semua pemain yang bersemangat untuk bermain pada game penentuan yang mana ada yang kena main 3 dan 2kali game  Terima kasih Penghulu yang sudi datang juga kepada sahabat-sahabat yang sudi menolong seperti membawa peralatan, tolong kira markah, menjadi pengadil , jaga line dll. Dari segi penyokong agak menyedihkan tidak ramai kaum helwa yang datang memberi sokongan tetapi permainan masih meriah juga. Diharap pada tahun hadapan lagi meriah.
Mohon maaf jika ada kekurangan dalam penganjuran kali ini.
Slam hormat dari saya
Majulah sukan di mana jua anda berada.

Pn SERI RAHAYU

Alhamdulillah semoga semangat kesukanan akan mengeratkan lagi hubungan sesama kita lebih-lebih lagi hidup di perantauan.

Sukan PMPMS masih belum tamat, jangan lupa atlit-atlit bola jaring akan berjuang di gelanggang pada hari Sabtu iaitu 02/05/2005 di Concord Sport Centre.

Harapan para bapa menghulurkan bantuan untuk menjaga anak selama 2 jam..:)

September 1, 2008

Jamuan Iftar 2008/09

Posted in Berita Terkini, Ramadhan 1428H at 12:50 pm by mysheffield

Majlis Iftar untuk semua warga akan diteruskan lagi pada tahun ini. Pihak AJK PMPMS telah menetapkan jadual penyediaan makanan mengikut kawasan-kawasan yang ditetapkan seperti berikut :

  • minggu ke-2: 13 September 2008 : Tinsley & Fifth Park (diketuai oleh Tinsley)
  • minggu ke-3: 20 September 2008 : City Centre    

  • minggu ke-4: 27 September 2008 : : Darnall
  •  

    Tempat : PMC…

     

    Konsep giliran ni diadakan untuk meniupkan semangat gotong-royong dan beramah-mesra di kalangan warga Malaysia Sheffield. Misalnya pada setiap warga kawasaan yang telah ditugaskan akan menyediakan juadah berbuka puasa. Pihak PMPMS akan mengeluarkan sedikit budget untuk majlis tersebut, selebihnya diharapkan warga yang pemurah akan dapat menghulurkan derma dan mungkin sedikit kitipan tambahan dari warga kawasan berkenaan. Memasak adalah secara bergotong royong di PMC dan seluruh warga Malaysia Sheffield dijemput hadir untuk berbuka dan sembahyang magrib. Pengisian berupa ceramah agama juga akan diadakan pada setiap majlis.

Semuga Warga PMPMS dijemput hadir

~MYsheffield : Semoga majlis tahun ini akan lebih meriah………………

August 22, 2008

Ramadhan yang akan menjelang tiba

Posted in Berita Terkini tagged at 9:10 am by mysheffield

Assalamualaikum,

Memandangkan ramadhan yang hampir tiba… pelbagai aktivti keluarga akan muncul…nantikan…

August 6, 2008

Yuran keahlian & sumbangan tahunan

Posted in Berita Terkini, Borang at 9:20 pm by mysheffield

MYSheffield sekadar menyampaikan amanat dari Dato’ Bendahari kita :

Salam

Saya selaku wakil PMPMS yang diamanahkan sbg Bendahari PMPMS 209/10 ingin memaklumkan tentang kutipan yuran dan sumbangan aktviti2 PMPMS pada tahun ini seperti tahun sebelum ini lebih2 lagi untuk aktitivi berbuka puasa dan sambutan Hari Raya yang terdekat ini. Butiran adalah seperi berikut

1) Sumbangan tahunan adalah bayaran yang dikutip oleh PMPMS bagi setiap tahun. Kadar sumbangan adalah £24.00 (atau £2 sebulan)  bagi setiap keluarga (tanpa mengira bilangan ahli keluarga) dan £12.00  (atau £1 sebulan) bagi mereka yang bujang atau tanpa keluarga di Sheffield.

2) Bagi sumbangan program dan aktiviti lain PMPMS boleh dibuat tanpa had dari semasa ke semasa yang dihajati oleh penyumbang.

3) Sila buat 2 salinan untuk borang ini. Salinan Pertama untuk simpanan pembayar (jika perlu) dan Salinan Kedua untuk simpanan penerima (dimestikan) yang akan diserahkan kepada Bendahari PMPMS

4) Sumbangan dan borang (attachment) boleh dihantar kepada AJK PMPMS atau JK Kawasan dan resit akan dikeluarkan. Segala sumbangan diucapkan jazakallah dan semoga mendapat ganjaran dari Allah di dunia dan di akhirat.

Sekian Terima Kasih

Anwar Ramli
BENDAHARI
PMPMS 2009/10

~MYSheffield : Download Borang Yuran

January 24, 2008

Barisan Pentadbir Sekolah Melayu Sheffield 2008

Posted in Berita Terkini tagged at 12:15 am by mysheffield

Assalammualaikum & salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan barisan pentadbir baru Sekolah Melayu Sheffield bagi tahun 2008.
Guru besar – Sdr Asmala Ahmad
Setiausaha – Sdr Muhammad Hussain Ismail
Bendahari – Sdr Mohd Kamaruzaki
Tugas2 khas – Sdr Tarik Abdul Latef
Sekian, terima kasih.

October 7, 2007

Alamat Terkini KPT

Posted in Berita Terkini, Tips at 9:47 am by mysheffield

Dimaklumkan bahawa alamat terkini KPT adalah seperti berikut :

Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, blok 1,
Menara PJH, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya.

~ MYSheffield : Terima kasih Sdr Rizal atas update ini.

September 6, 2007

Borang Maklumat Diri & Keluarga

Posted in Berita Terkini, Borang at 9:02 pm by mysheffield

Diharap saudara/i dapat update dengan segera Maklumat Diri Dan Keluarga Warga Sheffield seperti yang dilampirkan bagi memudahkan segala urusan berjalan dengan lancar.

Langkah-langkah yang perlu diambil :-

1. Lengkapkan borang maklumat diri dan keluarga dan email ke Setiausaha PMPMS mfairusham@yahoo.com

2. Subscribe mailinglist PMPMS dengan email moderator/AJK Biro Penerangan rothman84@yahoo.com

Harap dapat kerjasama semua pihak bagi memudahkan komunikasi masyarakat Malaysia Sheffield dan untuk tujuan pengurusan dengan Masduke di London.

~mysheffield : upload fail tersebut Borang Maklumat Diri