November 18, 2009

Sinopsis Ceramah Palestin

Posted in Aktiviti at 1:24 am by mysheffield

Assalamulaikum,

Alhamdullilah, semalam ceramah Palestin telah berjaya merungkai persoalan-persoalan yang tidak diketahui secara umum. Kita telah didedahkan mengapa Al-Fattah dan Hamas bertelagah? Sejarah idealogi Zionisme, Keperibadian As-syahid pejuang Hamas, korupsi Al-fattah dan siapa pembekal simen untuk Tembok Pemisah? Jelas, penyatuan orang Palestin telah dipecahkan oleh rencana jahat Zionis. Jadi apa peranan kita?

Ustaz Mazslee Malik menyarankan kepada kita untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan secara berterusan. Rakyat Palestin akan terus menderita. Ini mampu dilaksanakan dengan membuat aktiviti derma amal seperti  teh tarik corner, Malaysian food fair. Ini kerana menurut Ustaz Maszlee, orang british suka menderma jika ada event, tidak hanya tadah tabung sahaja. Derma ini pula akan disalurkan kepada Hamas melalui proksi-proksi tertentu. Cadangan beliau lagi ialah membuat lawatan ke kem pelarian palestin di sekitar rantau Arab.

Ustaz juga menegur kita sebagai berkata “rugi besar sape yang dtg buat PhD kat oversea ni don’t want to get involve in society, lebih baik buat kat M’sia jer”.Saya setuju dengan kenyataan beliau dan sudah sampai masanya kita perluaskan hubungan masyarakat Malaysia dengan masyarakat tempatan melalui aktiviti derma amal yang dicadangkan tadi.

Saya buka ruang untuk perbincangan daripada rakan-rakan sekalian.

Terima kasih kepada yang hadir.

Jazakallahukhairan,

M. Kamel Wan Ibrahim
Penghulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: