August 21, 2008

Maklumat Untuk Warga Baru Sheffield

Posted in Tips, Umum at 3:27 pm by mysheffield

~Untuk versi cetakan dokumen ini, sila klik di sini

Maklumat Untuk Pelajar Baru

Mendaftar Dengan Universiti

Pastikan saudara/i mendaftarkan diri dengan pihak universiti seawal mungkin sepertimana tercatat dalam surat tawaran. Untuk mendaftar pastikan saudara/i membawa bersama:

* Surat tawaran pengajian
* Surat biayaan kewangan dari pihak penaja (universiti dan KPT)
* Passport
* Dokumen rasmi lain yang perlu

Akaun Bank

Saudara/i juga dianjurkan supaya membuka akaun dengan pihak bank sebaik sahaja tiba. Pada kebiasaannya pihak bank ada mempunyai skim khas bagi pelajar yang dinamakan student acount dan saudara/i bolehlah meneliti tentang tawaran yang dikemukakan oleh pihak bank di dalam prospektus mereka mengikut keperluan saudara/i seperti buku cek, kad kredit, kad debit, overdraft, checque guarantee dan sebagainya. Di antara bank yang mempunyai perkhidmatan di sini termasuklah HSBC (dulunya Midland), Llyods (Islamic Banking), National Westminster (NatWest), Yorkshire dan Barclays. Untuk membuka akaun, pastikan saudara/i membawa bersama:

  • Surat tawaran belajar dari universiti
  • Bank letter (boleh dapat kat Student union)
  • Passport
  • Cek kembara/bank draft/Wang tunai dsb.

Buku cek dan kad-kad yang ditawarkan biasanya mengambil masa untuk disiapkan. Oleh itu saudara/i dinasihatkan untuk menyimpan nombor akaun dan juga sort code bank untuk beberapa tujuan seperti menghantar kepada pihak MSD bagi urusan pembayaran biasiswa, direct debit dan sebagainya.

PMPMS (Persatuan Masyarakat Pelajar Malaysia Sheffield)

Isi borang maklumat diri dan keluarga seperti yang dilampirkan.

Untuk join yahoo group PMPMS, email moderator di rothman84@yahoo.com. Mailinglist ini digunakan untuk berkongsi sebarang maklumat yang berguna terutama berkenaan maklumat-maklumat kehidupan di Sheffield.

Masjid

Semasa di universiti, saudara/i boleh menunaikan sembahyang lima waktu di dalam kampus surau di di tingkat bawah Main building. Sembahyang Jumaat juga turut diadakan di universiti.

Antara masjid/musola lain ialah seperti berikut:-

Kawasan Darnall

  • Masjid Industri ;Main Road
  • Masjid Al Hadi (Bangalish) ;Wilfrid Road.

Kawasan Firth Park

  • Masjid Omar

Kawasan Tinsley

  • Masjid Hanafiah

Kawasan University of Sheffield(City Centre)

Muslim Welfare House, 10-12 Severn Road, Sheffield, S10 2SU.

Prayer Room in University of Sheffield

The Union of Students
Prayer Rooms for Men and Women are located on Level 2.

<!–[if !supportLineBreakNewLine]–> <!–[endif]–>

The Mappin Building (Engineering)
Prayer Rooms for Men and Women are located in C160 and C161
<!–[if !supportLineBreakNewLine]–>

Elektrik dan gas

Terdapat banyak syarikat yang membekalkan elektrik. Antara yang popular dikalangan ahli PMPMS adalah www.britishgas.co.uk

Digalakkan untuk bandingkan harga gas dan elektrik mongikut kawasan melalui http://www.uswitch.com/gas-electricity. Masukan no poskod kawasan rumah anda.

Daftar National Health Service (NHS)

Layari http://www.nhs.uk/servicedirectories/Pages/ServiceSearch.aspx

Contoh:-

Enter your postcode or location: for A&E Doctors Dentists Pharmacists Opticians Hospitals Walk-in centres Stop-smoking services NHS Trusts Sexual Health Services Maternity units.

Certificate for Full Help with Health costs

-sijil ini diperlukan untuk dapat prescription free.

-dapatkan borang HC1 di Boots Pharmacy

-Lengkapkan dan sertakan registration statement (Sheffield) dan financial affidavit dari Universiti yang menaja (Jangan hantar financial affidavit yang KPT)

Daftar di University Health Service

Bagi pelajar Sheffield University dan yang tinggal di City Centre

Health Centre, 53 Gell Street, Sheffield S3 7QP
Telephone: 0114 22 22 100 (24hrs)

Fax: 0114 22 22 123
E-mail : health.service@sheffield.ac.uk

<!–[if !supportLineBreakNewLine]–> <!–[endif]–>

Maklumat lengkap NHS seperti yang dilampirkan


Panduan membeli kenderaan

  1. Beli paper AD-MAG (diterbitkan setiap hari Rabu dan Sabtu setiap minggu)
  2. Pastikan kenderaan tersebut mempunyai MOT(kalau boleh lebih drp 6 bulan).
  3. Hubungi penjual kenderaan tersebut dan pergi tengok kenderaan tersebut. Pastikan anda test drive kenderaan tersebut.

Road Tax

Boleh perbaharui di POST OFFICE

Layari http://www.direct.gov.uk/en/Motoring/OwningAVehicle/HowToTaxYour Vehicle/index.htm

Insurance


Rumah Sewa

Pihak PMPMS ada menyediakan perkhidmatan mencari dan merunding rumah sewa. Sekiranya saudara/i belum lagi mempunyai rumah, bolehlah hubungi mana-mana Ahli Jawatankuasa PMPMS. Insyaallah mereka bersedia membantu.

Setelah mendapat rumah, saudara/i bolehlah menghubungi:-

  • Pihak MSD mengenai alamat saudara/i.
  • Syarikat pembekal gas : Contohnya, British Gas : Nyatakan bacaan meter gas rumah sdra/i kepada BG.
  • Syarikat pembekal elektrik : Contohnya,N Power : Nyatakan bacaan meter elektrik rumah sdra/i.

Mencari rumah di kawasan City Centre.

1. Beli newspaper “Sheffield Telegraph” setiap Jumaat. Terdapat edisi khas tentang rumah utk disewa sekitar Sheffield.

2. Cari di website http://www. shef. ac. uk/housingfinder/ students/search. html. Website ini diselenggara oleh universiti sendiri untuk landlord persendirian yang berdaftar. Kebanyakan harga sewa termasuk dengan bil air yang biasanya mencecah 30 pound.

<!–[if !supportLineBreakNewLine]–> <!–[endif]–>

Lesen TV

  • Lesen tv di UK adalah wajib.
  • Kos Lesen tv warna adalah £135.50 setahun.
  • Boleh dibayar di POST OFFICE

-Maklumat lanjut : Layari http://www.tvlicensing.co.uk/index.jsp


Telefon dan Internet

Daftar melalui http://www.bt.co.uk atau hubungi 0800800150


Makanan Halal & Keperluan Dapur

Saudara/i tidak perlu bimbang tentang makanan halal. Ianya banyak dijual di sini. Saudara/i boleh mendapatkan bekalan makanan halal seperti daging kambing dan ayam di beberapa kedai Pakistan/Bangladesh dengan harga yang berpatutan. Di antaranya ialah Bangla Bazaar, Khawaja mini market dan banyak lagi.Jangan terkejut jika anda disambut oleh tuan punya kedai tersebut dengan ucapan “Apa Khabar”. Keperluan dapur lain seperti kicap, sos sayuran dan barangan M’sia boleh didapati di:-

  • Thai Phana
  • Thai Sun

Car Boot Sale

Car Boot Sale adalah pusat membeli belah barang-barang terpakai yang diadakan setiap hari Ahad. Di CBS saudara/i berpeluang membeli keperluan rumah dan diri dengan harga yang amat rendah. Di sesetengah tempat CBS turut diadakan pada hari Sabtu. Selain daripada CBS, saudara/i juga berpeluang membeli barangan terpakai, khususnya pakaian di kedai-kedai charity.

Di antara CBS yang kerap dikunjungi oleh ahli PMPMS pada setiap hari Ahad termasuklah:

  • MarshLane
  • Old Coates
  • Doncaster

dan banyak lagi…..

National Health Service (NHS)

Perkhidmatan perubatan di UK adalah di bawah naungan the National Health Service atau lebih dikenali the NHS.

Semua pelajar dan ahli keluarga mereka layak menerima perkhidmatan perubatan di bawah the NHS. Di UK semua perkidmatan perubatan di bawah NHS adalah percuma. Secara kasar, perkhidmatan NHS terbahagi kepada 2 iatu G.P. dan hospital.

General practitioner atau G.P.

G.P merupakan family doctor di UK. Setiap pelajar wajib berdaftar dengan seorang GP secepat mungkin setelah sampai di Sheffield. Secara lazimnya seseorang itu akan berdaftar dengan GP practice yang paling dekat dengan tempat tinggal mereka ataupun dengan GP practice university yg lebih dikenali sebagai the University Health Service.

Bagi pelajar yg berdaftar dengan University of Sheffield, university health service mereka beralamat the University Health Service, 2 Claremont Place, Sheffield, Telephone: (0114) 222 2100. Bagi Sheffield Halam pula ia terletak di city campus mereka berhampiran dengan the Collegiate Crescent Campus.

Berdaftar dengan GP penting kerana di UK GP nerupakan ‘’the gatekeepers of the NHS’’. Sekiranya kita tak berdafter dengan GP ia akan mendatangkan masaalah sekiranya kita memerlukan perkhidmatan kesihatan di UK.

Nasihat kami adalah pilih GP yg kita nak berdaftar baik-baik. Jangan register dengan GP practice itu semata-mata kerana ia dekat dengan tempat tinggal kita. Tak semua GP sama. Ada GP practice yg doktornya lebih peramah dan lebih perihatin. Ada sesetengah GP yg mempunyai list patient yg ramai. Ini menyukarkan kita apabila kita nak buat appointment nak jumpa GP. Tanya what is the average waiting time to see a GP for that practice..

Lebih penting lagi tanya mengenai after hours service mereka. Tanya mengenai facility yg GP practice itu sediakan apabila GP ditutup selepas 5 petang dan di hujung minggu. Juga minta nasihat orang lama di sini.

Seperti dinyatakan tadi perkhidmatam NHS di UK adalah percuma. Walaubagaimanapun kerajaan UK menetapkan kos rata sebanyak £6.40 untuk setiap prescription ubat yang di beri oleh doctor. Sekiranya setelah berjumpa dengan GP dan kita memerlukan ubat, GP akan memberikan kita prescription ubat untuk kita beli ubat itu di pharmacy. Sekiranya ubat itu berharga £300 kita hanya bayar £6.40. Sekiranya ubat itu berharga £1.00 kita kena bayar £6.40 juga. Walaubagaimanapun ramai student Malaysia layak untuk memohan exemption from prescription charges. Untuk ini kita kena isi borang HC 11 yg boleh di dapati di kebanyakan GP atau pharmacy.

Hospital

Sheffield mempunyai di antara rangkaian hospital yg terbaik di England. Di Sheffield ada hospital kanak-kanak dan dewasa.

Hospital orang dewasa

Sheffield mempunyai 2 hospital orang dewasa iatu Royal Hallamshire Hospital, Glossop Road (dekat university) Tel: (0114) 271 1900 dan Northern General Hospital, Herries Road (dekat Firth Park) Tel: (0114) 243 4343. Walaubagaimanapun perkhidmatan kecemasan orang dewasa atau A& E hanya disediakan di Northern General Hospital (0114) 2714743.

Hospital Kanak-kanak

Sheffield mempnyai hospital kanak-kanaknya yg tersendiri. Sheffield Children’s Hospital, Western Bank Tel: (0114) 271 7000 terletak berhampiran denagan Octagan centre, University of Sheffield. Ia mempunyai perkhidmatan kecemasaan atau A&E untuk kanak-kanak.

Perkhidmatan Pergigian

UK sekarang ini mengalami krisis kekurangan doctor gigi. Dinihari semakin banyak klinik gigi yang tidak lagi mengambil pendaftaraan pesakit baru. Jadi cepat-cepatlah berdaftar dengan doctor gigi untuk memastikan yg kita dapat tempat di klinik gigi yg masih lagi boleh mengambil pendaftaraan baru.

Seperti perkhidmatan medical, perkhidmatan pergigian juga di bawah NHS. Walaubagaimanapun berlainan dengan medical service dalam NHS, kebanyakkan perkhidmatan pergigian di bawah NHS di UK dikenakan bayaran minima. Sama seperti perkhidmatan medical tadi kebanyakkan pelajar Malaysia boleh dikecualikan daripada bayaran ini sekiranya mereka memohon dengan borang HC 11.

Perkidmatan pergigian out of hour boleh di dapati oleh klinik gigi itu sendiri atau oleh hospital gigi di Sheffield iatu the Charles Clifford Hospital, 78 Wellesley Road Tel: (0114) 271 7800/ 271 7999 bersebelahan dengan hospital maternity Jessops Wing.

Hospital bersalin

Hospital bersalin terletak di Jessop’s Wing Hospital, Tree Root Walk Tel No: 0114 2268499 bersebelahan dengan Royal Hallamshire Hospital.

Akhirkata

Perkhidmatan perubatan di UK berlainan dengan konsep instant medical service di Malaysia. Di Malaysia kita boleh jumpa doctor bila-bila masa sahaja untuk apapun masaalah kesihatan. Di UK perkhidmatan kesihatan mereka depends on priority and need. Maksudnya jika kita sakit – sakit biasa seperti selsema maka lambatlah kita dapat appointment berjumpa GP. Namun itu ada perkhidmataan sampingan yang kita boleh hubungi. Perkhidmataan sampingan yg di maksudkan ialah NHS walk in centre dan NHS direct.

NHS Walk-in Centre

Ini terletak di B Floor Royal Halamshire hospital di Glossop Road. Ia di kendalikan oleh senior nurses yg boleh memberikan treatment dan nasihat kesihatan. Untuk ini kita tak perlu buat temujanji dahulu. Di buka setiap hari jam 0800 – 2200. Alamat web http://www.sheffield.nhs.uk/walk-in/index.htm

NHS Direct

Ini merupakan perkhidmataan telefonis 24 jam yg boleh memberikan kita nasihat mengenai pelbagai masalah kesihatan. Sekiranya kita tak pasti samaada kita perlu jumpa dengan doctor bolehlah kita minta nasihat telephonist NHS Direct yg merupakan senior nurses yg terlatih dan luas pengalaman. Alamat web http://www.nhsdirect.nhs.uk/.

Perkhidmatan shipping ke Malaysia

Sekiranya anda mempunyai barang atau kereta yang hendak di hantar ke Malaysia, sila klik link di bawah
http://crownaceuk.com/?shipping-to-malaysia=11

Advertisements

August 20, 2008

Selamat Datang ke Sheffield

Posted in Tips, Umum at 12:23 pm by mysheffield

Assalammualaikum wrmh wbrth & Salam Sejahtera;

Terlebih dahulu bagi Pihak Persatuan Masyarakat Pelajar Malaysia Sheffield (PMPMS), kami ingin mengucapkan selamat berangkat dan selamat datang ke Sheffield, UK. Semoga anda dan keluarga akan selamat sampai di sini seperti yang dijadualkan.

2. Bagi pihak PMPMS juga bersama ini di sertakan sedikit maklumat berkaitan persediaan kami dalam menerima kehadiran Saudara & keluarga sebagai sebahagian dari masyarakat di sini kelak. Insya’Allah, anda dan keluarga akan terus dibantu setakat termampu oleh kami semua di sini untuk memudah dan memulakan kehidupan baru anda di Sheffield.

a. Bagi yang datang berkeluarga,

setiba di Manchester Airport, wakil kami (pengiring) akan menunggu utk mengambil anda dan akan terus di bawa ke rumah rakan yg bersedia menjadi host kpd anda & keluarga, sebelum kami membantu mencarikan rumah sewa dan anda boleh berpindah ke rumah sewa berkenaan.

–     sila maklumkan berapa orang yang akan datang serta umur anak2 (untuk

menyediakan booster seat dan car seat ).

–    Sila nyatakan samada perlu kereta atau van

b. Bagi yang datang seorang diri

Bagi yang pernah berada di UK, diharap dapat naik TRAIN dari Airport Manchester ke Sheffield (City Centre) rujuk http://www.manchesterairport.co.uk/web.nsf/Content/RailNetworkMaps , wakil kami akan menunggu utk mengambil Sdr dari Sheffield Train Station dan akan terus di bawa ke rumah rakan yg bersedia menjadi host kpd anda, sebelum kami membantu mencarikan bilik sewa untuk anda.

Bagi yang pertama kali tiba di UK, kenderaan boleh disediakan atas permintaan.

3. Majoriti kami disini terdiri dari para pelajar. Tugas menyambut pelajar baru dilakukan secara sukarela. Jadi dipohon kerjasama anda mengambil perhatian terhadap sumbangan saguhati kepada rakan dan host yg membantu menyediakan kenderaan dari Manchester Airport ke Sheffield dan juga menjadi host. Ia bukan berbentuk paksaan dari kami, sebaliknya lebih berbentuk sumbangan ikhlas utk mengurangkan bebanan mereka (duit minyak) yg telah sudi secara sukarela untuk membantu.

4.   BAYARAN SAGUHATI mengikut tradisi kami adalah seperti berikut

a.  Pengangkutan (Sheffield ke Manchester Airport(return)):

1 Van/MPV                    = GPB 70.00

1 Estate Car                   = GBP 60.00

1 Kereta                         = GPB 50.00

Kereta / Van Sewa        = bergantung kepada sewa yang dikenakan

(yang berpatutan)

b.  Perumahan :

Anda juga  diharap membayar saguhati kepada sesiapa yang menjadi HOS anda sebelum anda masuk kerumah anda sendiri. Ini bergantung berapa lama anda berada di rumah HOS tersebut.

Bayarannya mengikut hari:

Dewasa           : £5.00 seorang

Kanak-kanak : £2.00 seorang

(Bayaran akan dipungut oleh Bendahari PMPMS dan pembayaran kepada Hos akan diuruskan oleh PMPMS)


5.  Berikut disertakan serba sedikit panduan atau checklist mengenai perkara-perkara yang perlu dibawa ke sini. Sayugia diingat yang hampir kesemua perkara boleh diperolehi di sini. Yang membezakannya ialah samada senang/susah memperolehinya, harganya dan juga citarasa.

– Rice cooker

– cili kering

– semua jenis rempah

– ikan masin

– ikan bilis

– belacan

– agar-agar

– kopi

– Buku resepi

– Asam gelugor (asam keping)

– Susu tepung anak2 sementara nak sesuaikan dengan susu segar di sini

– Nestum

– Ubat gigi/minyak rambut/minyak wangi dll (Disini pun boleh dapatkan cuma

kena peka kepada barangan yang HALAL atau tidak)

– Ubat-ubat serba sedikit. (penadol, minyak gamat dsb) dan Vitamin

– PC/Notebook


Dinasihatkan jangan membawa banyak pakaian tebal dari Malaysia. Ia boleh didapati disini dengan harga yang murah. Tapi kalau dah ada tu, bawa sajalah. Bawa sehelai dua untuk back-up, kot-kot bila turun kapalterbang tak tahan sejuk, terutamanya masa musim winter.

Akhir sekali jangan lupa bawak DOKUMEN PERIBADI seperti berikut:-

1. Passport

2. Tiket Kapal Terbang

3. Kad Pengenalan – semua

4. Surat Beranak – semua

5. Sijil Nikah

6. Surat tawaran Belajar

7. Buku Rekod Kesihatan Anak2

8. Lesen Kenderaan yang diperbaharui – Tempoh sahnya ialah setahun dari tarikh

anda masuk ke UK.

9. NCD (Non Claim Discount) dari Malaysia-penting untuk mendapatkan diskaun

insurans kenderaan – Dapatkan translation / surat sokongan dalam Bahasa Inggeris

10. Alamat rumah di UK atau alamat Hos

Walau apapun persediaannya, persediaan yang paling afdhal ialah duit. Untuk membuka akaun bank di UK akan mengambil masa lebih kurang 2 minggu. Diharap bagi yang menggunakan Maybank, pastikan kad ATM di’activate dengan PLUS’ untuk pengeluaran wang di UK atau membuka akaun HSBC di Malaysia. Kad ATM HSBC Malaysia boleh digunakan untuk pengeluaran wang sebab terdapat HSBC UK.

APABILA TIBA DI MANCHESTER atau SHEFFIELD TRAIN STATION


No telefon yang BOLEH anda hubungi, yang bersedia mengambil

saudara (pengiring);


En. Mohd Kamel b. Wan Ibrahim, Penghulu, No H/P: +447861744202

En. Zamali b. Zamin, Timbalan Penghulu, No H/P: +447853274937

Sekian, didoakan anda & keluarga akan selamat sampai ke Sheffield, UK.

October 7, 2007

Alamat Terkini KPT

Posted in Berita Terkini, Tips at 9:47 am by mysheffield

Dimaklumkan bahawa alamat terkini KPT adalah seperti berikut :

Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, blok 1,
Menara PJH, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 Putrajaya.

~ MYSheffield : Terima kasih Sdr Rizal atas update ini.