November 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Posted in Aktiviti, Berita Terkini at 1:47 am by mysheffield

Insyallah dalam minggu depan, kita akan menyambut hari raya Aidil-adha.  Pada tahun ini Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Jumaat. Oleh itu terdapat isu kesesuaian masa dengan rutin seharian kita.

Setelah mendengar pandangan dari pelbagai pihak, saya telah membuat keputusan untuk membuat program sembahyang raya haji dan ibadat korban secara berasingan (seperti biasa). Ini kerana faktor hari jumaat  dan logistik daging korban serta sebab lain-lain. Bagi solat sunat Aidiladha, insyallah kita adakan pada Jumaat 27 November 2009 bertempat di Pakistan Muslim Center, Woodbourn Road, Sheffield S9 3LQ

Berikut adalah tentatif program; 27 November 2009   Jumaat

10.00 pagi  – Takbir bermula

10.30 pagi  –  Solat Aidil-adha

11.00 pagi  –  Selesai Khutbah dan Jamuan Pot-luck

12.00 tghari – Solat jumaat (Zuhur 11.55 pagi)

1.00  petang – Bersurai

Ibadat Korban

Kepada yang berniat untuk melakukan korban, boleh memberikan nama kepada Sdr Bukhari Mansoor (bukhari_ruh@ yahoo.com). Kadar seekor kambing adalah £70 seekor. Tarikh majlis kenduri korban belum diputuskan lagi kerana masalah tempahan PMC (masih dalam rundingan) yang tidak dibuka pada hujung minggu. Kemungkinan besar kita akan lantik beberapa rumah untuk dijadikan pusat pengagihan. Tarikh akhir adalah pada selasa 24 November 2009.

Saya membuka ruang kepada warga PMPMS untuk mengutarakan cadangan atau pandangan.

Semoga mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t

Jazakallahukhairan kathiran

Kamel Wan Ibrahim
Penghulu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: