September 29, 2009

Raya! Raya! Raya!

Posted in Aktiviti at 11:40 pm by mysheffield

3

10224_1166659659493_1617964233_445348_3518654_n

1

Salam,

Sesudah sebulan berpuasa, tibalah sudah masa yang ditunggu-tunggu. Hari Raya Aidilfitri atau Eid Mubarak menjelma kembali. Pada tahun ini, warga Sheffield berpuasa selama 29 hari, dan menyambut Hari Raya pada hari Ahad, 20 September 2009.

Warga Sheffield mula hadir ke PMC seawal 8.30 pagi. Selepas solat Hari Raya, tahlil ringkas telah diadakan untuk ahli keluarga yang telah pergi khasnya ibu kepada sahabat kita, Hussin yang telah kerahmatullah pada pagi hari raya pertama. Alfatihah…

Makanan serta lauk pauk yang disediakan oleh setiap kariah ditambah dengan potluck, amat menyelerakan. Perasaan gembira terpancar pada setiap raut wajah para hadirin.

Pihak PMPMS turut mengadakan pertandingan personaliti Aidilfitri untuk pelbagai kategori. Kategori bayi comel Aidilfitri telah dimenangi oleh adik Aishah Syahrin. Kategori Single lelaki dan perempuan dimenangi oleh Mas Afzal dan Norshazwani. Kategori yang paling ditunggu-tunggu iaitu, Pasangan Aidilfitri dimenangi oleh keluarga Saari dan Suria.

Setelah tamat majlis hari raya, para hadirin ziarah menziarahi rakan taulan dan menghadiri open house.

Kemeriahan Aidilfitri di Sheffield tidak tamat pada 1 Syawal sahaja. Pada setiap hujung minggu sepanjang Syawal, Open house telah/akan diadakan mengikut kawasan.

26 dan 27 September – Open House Darnall

3 Oktober – Open house Tinsley

10, 11 dan 12 Oktober  – City Centre dan Firth Park

Sila periksa email anda untuk jemputan open house =)

1 Comment »

  1. hussain said,

    Dikesempatan ini.. saya ingin mengucapkan Salam Aildilfiti buat semua.. Maaf Zahir Batin buat semua..

    Dan juga ribuan terima kasih buat semua warga Sheffield yang bersama membaca tahlil mendoakan kesejahteraan roh ibu saya pagi Syawal di PMC.

    Wassalam

    Hussain
    Kg Baru


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: