FAQs

1. Saya akan melanjutkan pengajian di Sheffield. Siapa yang perlu saya hubungi untuk bantuan mencari rumah sewa?

Sila email Timbalan Penghulu PMPMS, En. Zamali (malizz11@yahoo.com) dan cc email tersebut kepada Penghulu PMPMS, En. Mohd Kamel (kamel_wi@yahoo.com). En. Zamali akan berhubung dengan AJK biro berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

2. Setibanya kami sekeluarga tiba di Sheffield, di mana kami hendak tinggal?

Secara tradisinya, pihak PMPMS akan menyediakan host kepada warga baru. Walau bagaimanapun, sekiranya Encik/Puan ada kenalan di Sheffield, boleh maklumkan kepada kami untuk memudahkan proses mencari host sekiranya mereka yang berkenaan bersetuju

3. Berapa sejukkah cuaca di Sheffield setibanya kami di sana pada bulan September nanti?

Bulan September adalah dalam musim luruh. Cuaca tidak berapa sejuk lagi. Cuaca sedikit berangin dalam 10 ke 18 darjah Celcius.

4. Berapa angaran harga rumah sewa sebulan?

Bergantung pada kawasan tempat tinggal. Namun, pada kebiasaannya sewa adalah antara £ 350 – £ 450 sebulan.


5. Bagaimana dengan pengangkutan kami dari Manchester Airport ke Sheffield?

Perjalanan dari Manchester Airport ke Sheffield mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Kami boleh aturkan ahli PMPMS untuk datang mengambil saudara sekeluarga dengan bayaran (petrol, parking airport dan saguhati pemandu) lebih kurang £ 70 untuk MPV dan £ 50 untuk kereta.

6. Berapa lama proses untuk kami dapatkan rumah sewa?

Sekiranya ada rumah sewa, hanya perlu bayar deposit dan boleh masuk terus.

7. Bagaimana suasana hari raya Aidilfitri disana?

Suasana hari raya di bumi perantauan pasti berbeza dengan Malaysia. Solat hari raya akan diadakan di dewan bersama-sama semua warga Sheffield. Selepas itu, jamuan hari raya akan diadakan diikuti dengan ziarah-menziarahi rumah rakan-rakan di sini. Setiap hujung minggu dalam bulan Syawal, kita akan adakan rumah terbuka bagi setiap kawasan. Untuk makluman kita ada tiga kawasan disini iaitu City Centre (Firth Park), Darnall dan Tinsley.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: