October 19, 2009

Program Rimbunan Kasih PMPMS-SMSA

Posted in Aktiviti at 10:55 pm by mysheffield

a

c

Majlis Rasmi Program Rimbunan Kasih yang merupakan program keluarga angkat telahpun berlangsung semasa majlis Raya@SMSA. Seramai 55 orang pelajar baru daripada kalangan undergraduate dan 23 keluarga postgraduate telah terlibat dalam program ini. Semoga program ini dapat merapatkan lagi ukhuwwah, mewujudkan support system yang lebih berkesan dan memberi manfaat kepada keluarga angkat dan anak angkat.

Amanat daripada Penghulu PMPMS

Malam tadi saya telah menghadiri Majlis Eid SMSA. Alhamdulillah, program Rimbunan Kasih telah disempurnakan dengan penyerahan anak angkat. Terima kasih dan tahniah kepada Sdr Rahman dan barisan ajk SMSA kerana bertungkus lumus mengendalikannya.   Insyallah, perhubungan yang terjalin antara keluarga dan anak angkat anda akan kekal hingga akhir hayat. Saya juga telah sempat mengambil seorang anak angkat kerana namanya tidak tersenarai.

Namun, berdasarkan pengalaman lepas, ada sesetengah keluarga yang ‘hilang’ perhubungan dengan anak angkat. Jumpa sekali selepas itu menghilang. Dalam hal ini, kita tidak sepatutnya mempersalahkan anak angkat sahaja. Ada banyak faktor yang menyumbang kepada fenomena ini baik dari anak angkat mahupun keluarga angkat.

Sikap keluarga angkat yg menganggap anak angkat sebagai ‘helper’/pembantu sewaktu majlis seperti hari raya dirasakan kurang sesuai melainkan kerelaan anak angkat mereka. Tiada salahnya meminta tolong tetapi jika setiap kali datang mempunyai motif tertentu, sudah tentu ia lari daripada objektif program. Saya berharap agar warga PMPMS tidak terus dilihat ‘mempergunakan’ anak angkat ini untuk kepentingan sendiri. Bagi yang berkenderaan, bawalah anak-anak angkat sekali-sekala keluar daripada Sheffield untuk berjalan-jalan seperti ke berkelah, carboot sale atau ke bandar-bandar lain.

Jazakallahu khairan Kathiran

Kamel Wan Ibrahim
Penghulu PMPMS

————————————————————————————————

Ucapan daripada Presiden SMSA


Saya mewakili exco SMSA 09/10 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua abang-abang dan kakak-kakak postgrad yang memeriahkan RAYA@SMSA tahun ini. Juga kepada penghulu, terima kasih atas ucapan tadi. Semoga pada masa lain, banyak lagi program yang boleh kita anjurkan bersama.

Mengenai Program Rimbunan Kasih, saya mengharapkan agar program ini berjalan sepanjang tahun. Freshers kali ini sangat-sangat memerlukan bantuan dari abang-abang dan kakak-kakak sekalian untuk tinggal dibumi Sheffield ini. Saya sudah menasihatkan mereka agar selalu keep in touch dengan keluarga angkat masing-masing. Di harap program ini akan memberi manfaat kepada freshers dan juga kepada abang-abang dan kakak-kakak sekalian.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih tak terhingga atas sokongan kalian semua terutama kepada Penghulu untuk menjayakan program kali ini. Minta maaf jika ada tersilap kata, tersilap bicara. Harap lain kali kita boleh bekerjasama lagi.

mohd faridzul asyraf b mat arifin (joe)
Presiden SMSA 09/10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: