September 30, 2009

Autumn Futsal Game!!!

Posted in Aktiviti at 6:16 pm by mysheffield

futsal+tour

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua warga PMPMS…

Berita baik untuk semua kaki bola dan peminat bola PMPMS… Setelah lama berehat kini tiba masa untuk kita kembali mengaktifkan diri dengan aktiviti sukan yang telah dirancang. Unit sukan PMPMS akan menganjurkan kejohanan ‘Autumn Futsal Game’ pada 18 Okt 09 bersamaan hari Ahad.

Tema kejohanan kita kali ini, “Memupuk Semangat Muhibbah Warga PMPMS Melalui Sukan”. Satu format baru akan dibuat bagi mencapai objektif tema kejohanan. Tungguuuuu. daftar dulu baru tau…

Pendaftaran akan dibuka dan semua warga PMPMS yang berumur 16 tahun keatas boleh mendaftar… pendaftaran boleh dibuat secara online dan boleh berhubung terus dengan Zamali (07853274937) atau
Sharul (07545984632)

Yuran penyertaan hanya £2. Jadi daftar sekarang sebelum kehabisan stok.

Semoga semangat muhibbah antara antara warga PMPMS akan terjalin erat melalui aktiviti sukan ini…Skill tak penting, menang belakang kira janji semangat nak memeriahkan sukan tu ada…So marilah sama2 kita bersukan sambil mengempiskan perut… (he he he jgn mara). Sekian dulu dari Unit Sukan PMPMS. info lanjut akan menyusul.

Daftar jangan tak daftar…

Advertisements

September 29, 2009

Raya! Raya! Raya!

Posted in Aktiviti at 11:40 pm by mysheffield

3

10224_1166659659493_1617964233_445348_3518654_n

1

Salam,

Sesudah sebulan berpuasa, tibalah sudah masa yang ditunggu-tunggu. Hari Raya Aidilfitri atau Eid Mubarak menjelma kembali. Pada tahun ini, warga Sheffield berpuasa selama 29 hari, dan menyambut Hari Raya pada hari Ahad, 20 September 2009.

Warga Sheffield mula hadir ke PMC seawal 8.30 pagi. Selepas solat Hari Raya, tahlil ringkas telah diadakan untuk ahli keluarga yang telah pergi khasnya ibu kepada sahabat kita, Hussin yang telah kerahmatullah pada pagi hari raya pertama. Alfatihah…

Makanan serta lauk pauk yang disediakan oleh setiap kariah ditambah dengan potluck, amat menyelerakan. Perasaan gembira terpancar pada setiap raut wajah para hadirin.

Pihak PMPMS turut mengadakan pertandingan personaliti Aidilfitri untuk pelbagai kategori. Kategori bayi comel Aidilfitri telah dimenangi oleh adik Aishah Syahrin. Kategori Single lelaki dan perempuan dimenangi oleh Mas Afzal dan Norshazwani. Kategori yang paling ditunggu-tunggu iaitu, Pasangan Aidilfitri dimenangi oleh keluarga Saari dan Suria.

Setelah tamat majlis hari raya, para hadirin ziarah menziarahi rakan taulan dan menghadiri open house.

Kemeriahan Aidilfitri di Sheffield tidak tamat pada 1 Syawal sahaja. Pada setiap hujung minggu sepanjang Syawal, Open house telah/akan diadakan mengikut kawasan.

26 dan 27 September – Open House Darnall

3 Oktober – Open house Tinsley

10, 11 dan 12 Oktober  – City Centre dan Firth Park

Sila periksa email anda untuk jemputan open house =)

Aktiviti Bulan Ramadhan

Posted in Aktiviti at 7:44 pm by mysheffield

1

Salam,

Alhamdulillah, Ramadhan telahpun berlalu dan Syawal telah menjelma. Semasa Ramadhan yang lalu, pihak PMPMS telah berjaya mengadakan majlis Iftar sebanyak 3 kali pada hari Sabtu setiap minggu. Iftar tersebut telah di adakan di Pakistan Muslim Centre (PMC). Selain berbuka puasa bersama-sama, sesi ceramah, solat Terawih dan moreh turut diadakan.

Iftar pertama telah diuruskan oleh kariah Darnall, iftar kedua oleh Tinsley dan yang terakhir oleh kariah City Centre dan Firth Park. Beberapa ahli PMPMS yang baru mendapat cahaya mata juga telah mengambil peluang iftar tersebut untuk mengadakan aqiqah.

Selain daripada iftar pada hujung minggu, aktiviti dalam kariah masing-masing turut diadakan. Ini termasuklah mengadakan solat terawih di rumah ahli kariah secara bergilir-gilir, bertukar-tukar kuih muih dan mengacau dodol.

Akhir kalam, jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Sheffield yang telah bersama-sama berganding bahu untuk menjayakan aktiviti-aktiviti pada bulan Ramadhan

August 20, 2009

Salam Ramadhan

Posted in Uncategorized at 7:27 pm by mysheffield

Assalamualaikum, warga PMPMS yang dikasihi,

Menjelang bulan Ramadhan yang penuh barakah, saya dan barisan ajk PMPMS mengucapkan selamat beribadah di bulan Ramadhan. Semoga ia meningkat ketakwaan kita kepada ALLAH s.w.t. Insyallah PMPMS akan menganjurkan majlis Iftar, ceramah, sembahyang terawih dan Majlis sambuatan Aidil firtri yang akan bermula pada 29 Ogos 2009.

Wassalam,

Kamel Wan Ibrahim
Penghulu

Laporan Kursus Pemantapan Solat

Posted in Aktiviti at 7:07 pm by mysheffield

Pada 8 Ogos yang lepas, Kursus Pemantapan Solat anjuran PMPMS telah dijalankan dengan jayanya. Seramai 69 peserta dari dalam dan luar Sheffield telah menghadiri kursus tersebut. Walaupun kursus tersebut berjalan sehari suntuk, majoriti peserta nampak tidak keletihan, malah terhibur dengan penyampaian Ustaz Zaharudin yang sangat informatif serta kadangkala melucukan.

Pihak PMPMS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Zaharudin yang sudi meluangkan masa mengendalikan kursus pada kali ini.  Tidak lupa juga kepada semua peserta yang begitu komited serta pihak AJK yang bertungkus lumus bekerja untuk memastikan kursus tersebut berjalan dengan jayanya.

Berdasarkan kejayaan kursus kali ini, PMPMS merancang untuk mengadakan sekurang-kurangnya 2 lagi modul ceramah atau kursus iaitu mengenai Keluarga Bahagia dan Kewangan Islam. TUNGGU……..

August 7, 2009

Kursus Pemantapan Solat

Posted in Berita Terkini at 2:04 am by mysheffield

**** PEMBETULAN: POSKOD BAGI SPECTRUM CENTRE IALAH S3 9LS *****

Kursus Pemantapan Solat

PMPMS akan menganjurkan Kursus Pemantapan Solat yang akan disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin. Kursus intensif ini terbuka kepada semua warga Sheffield dan luar Sheffield. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, perkhidmatan menjaga anak akan diberikan semasa kursus dijalankan. Yuran pendaftaran boleh dibayar di kaunter pendaftaran pada hari kursus.

Kursus tersebut akan diadakan di Spectrum Centre, 105 Brunswick St, S3 9LS Sheffield. Berikut adalah panduan untuk ke tempat kursus dengan menaiki pengangkutan awam.

How to go to Spectrum Centre

Bas

1- Dari Sheffield Interchange Bus Station

Sila naiki bas 265 dan berhenti di Bungreave Road/Gowar Street (4 mins) dan jalan ke Spectrum (4 mins).

2- Dari West Street

Sila naiki bas 52 dan berhenti di Wicker Wk3 (3 mins) dan jalan ke Spectrum (10 mins).

Keretapi

Sila pergi ke Sheffield Interchange yang terletak berdekatan dengan stesen keretapi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari web di bawah:

http://tsy.yorkshiretravel.net/journeyplanner/enterJourneyPlan.do

July 24, 2009

Sukan Persahabatan PMPMS dan Cranfield

Posted in Aktiviti, Badminton at 11:59 pm by mysheffield

Kontijen lelaki PMPMS dan Cranfield

Wakil helwa PMPMS & Cranfield

Pada 18 Julai yang lalu, telah diadakan sukan persahabatan antara PMPMS dan Persatuan Pelajar Malaysia Cranfield. Aktiviti yang dijalankan ini berbentuk santai serta bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim. Pelbagai acara sukan telah diadakan, antaranya badminton, futsal, ping pong dan bola jaring.

Berikut adalah keputusan perlawanan yang telah diadakan:

Badminton:
Pusingan pertama: Cranfield (3) – PMPMS (2)
Pusingan kedua: PMPMS (2) – Cranfield (0)

Futsal:
Pusingan pertama: PMPMS (4) – Cranfield (0)
Pusingan kedua: PMPMS (1) – Cranfield (1)

Bagi ping pong dan sepak takraw, hanya perlawanan santai diadakan antara kedua-dua pasukan. Kontijen helwa pula terlibat dengan sukan badminton dan bola jaring manakala kanak-kanak terlibat dengan  acara futsal.

Untuk pengetahuan semua, majoriti pelajar Malaysia di University Cranfield mengikuti pengajian dalam bidang Aerospace, Engineering dan MBA.

Sekalung tahniah dan terima kasih kepada kontijen PMPMS yang telah menyertai sukan ini dengan semangat kesukanan yang tinggi. Tidak lupa kepada Chef de Mission kita, Zaki (Crookes) yang telah berusaha mengumpul dan menguruskan kontijen PMPMS. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada warga Cranfield atas layanan yang mesra serta makanan tengahari yang disediakan.

Sekian.

Di edit daripada laporan Zamali

July 6, 2009

Video Family Day 08/09

Posted in Aktiviti tagged at 1:27 pm by mysheffield

Enjoy it..:)
by Mr Azman,

July 5, 2009

Dalam Kenangan Family Day 08/09

Posted in Aktiviti tagged at 8:00 pm by mysheffield

Family Day 08/09

4 Julai 2009

Ponderosa Netherthope City Centre

All4ONE,

by Mr Zahuri

Keluarga Sheffield

Aksi di Family Day 08/09

by Mr Nasree

more

April 30, 2009

Sekitar Perlawanan Badminton

Posted in Aktiviti, Badminton at 12:34 am by mysheffield

Previous page · Next page