April 28, 2009

Sukan PMPMS 08/09

Posted in Aktiviti, Badminton, Berita Terkini at 10:53 pm by mysheffield

Assalamualaikum wrt,

Akhirnya telah tiba saat-saat yang ditunggu-tunggu iaitu perlawanan sukan antara jajahan iaitu jajahan City, Firth Park, Tinsley dan Darnall.

Sukan badminton sebagai pembukaan. Seperti tahun-tahun biasa semangat kesukanan pasti terserlah dan tahun ini Live dari Concord.

Pada 25/04/2009 telah berlangsung perlawanan badminton kategori Lelaki dan keesokkannya iaitu 26/04/2009 giliran Wanita untuk menguji ketangkasan di gelanggang.

Berikut adalah laporan khas daripada pihak pengurus iaitu En. Azman Ibrahim

Salam bahagia,

Berita yang menggemparkan telah dikenalpasti dari concord. Rampasan takhta kejuaraan badminton telah berlaku.

Perlawanan-perlawan an yang mendebarkan dengan persembahan aksi terbang, smash melencong, tepisan, servis mengelirukan, dan lain-lain lagi semuanya dapat disaksikan pada tengahari tadi. Skil-skil yang ditunjukkan, atau dikeluarkan oleh pemain-pemain sangat mengkagumkan dan menghiburkan semua penonton yang hadir.

Saya ada bersembang dengan salah seorang penonton tempatan yang bernama John Smith yang turut serta menyaksikan semua perlawanan dari mula hingga akhir. Di antara kata-kata beliau yang telah ditranslatekan dlm bahasa melayu.

“Patutlah Malaysia sudah lama tarak angkat itu piala Thomas. Rupa-rupanya semua pemain ada kat Sheffield.”

Berikut adalah keputusan perlawanan;

Pemenang pertama    : CTFP

Pemenang kedua       : Tinsley

Pemenang ketiga       : The Rojak City FP

Pemenang keempat   : Darnall

Pemenang kelima hingga ke Tiga puluh tidak diumumkan kerana tak muat dalam emel ini.

Dengan ini, saya bagi pihak PMPMS mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang, Terima kasih kepada semua pemain yang telah menghiburkan semua para penonton. Terima kasih juga kepada penghulu yang sudi memberikan hadiah kepada semua pemain, terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sudi menolong dalam penganjuran kali ini seperti membawa peralatan, tolong kira markah, menjadi pengadil dll, dan tidak lupa juga kepada penyokong dan penonton yang telah sama-sama menghingar-bangarka n concord, terima kasih diucapkan.

Mohon maaf jika ada kekurangan dalam penganjuran kali ini.

Sekian sahaja laporan saya, salam hormat dari kami.

Majulah sukan di mana jua anda berada.

En. Azman Ibrahim

Manakala laporan khas daripada pengurus Wanita iaitu Pn. Seri Rahayu

Maaflah lambat nak beritahu keputusan pelawanan badminton helwa 2009 yang berlangsung semalam. Memang seronok serta terimakasih banyak kepada peserta yang memberi kerjasama yang baik pada saya dan dapat menjayakan perlawanan serta mengikut masa yang ditetapkan.
Berikut adalah keputusan perlawanan badminton helwa 2009

1. Johan – Pn Azu dan Pn Su Z
2. Naib Johan – Pn Rozita dan Pn Pauziah
3. Tempat Ketiga – Pn Suria dan Pn Norhayati
4. Tempat Keempat – Pn Rina – Pn  Yati
5. Tempat Kelima – Pn Rozi dan Pn Siti Rahayu
6. Tempat Keenam – Cik Tini dan Cik Mahar

Dengan ini, saya bagi pihak PMPMS mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang, Terima kasih kepada semua pemain yang bersemangat untuk bermain pada game penentuan yang mana ada yang kena main 3 dan 2kali game  Terima kasih Penghulu yang sudi datang juga kepada sahabat-sahabat yang sudi menolong seperti membawa peralatan, tolong kira markah, menjadi pengadil , jaga line dll. Dari segi penyokong agak menyedihkan tidak ramai kaum helwa yang datang memberi sokongan tetapi permainan masih meriah juga. Diharap pada tahun hadapan lagi meriah.
Mohon maaf jika ada kekurangan dalam penganjuran kali ini.
Slam hormat dari saya
Majulah sukan di mana jua anda berada.

Pn SERI RAHAYU

Alhamdulillah semoga semangat kesukanan akan mengeratkan lagi hubungan sesama kita lebih-lebih lagi hidup di perantauan.

Sukan PMPMS masih belum tamat, jangan lupa atlit-atlit bola jaring akan berjuang di gelanggang pada hari Sabtu iaitu 02/05/2005 di Concord Sport Centre.

Harapan para bapa menghulurkan bantuan untuk menjaga anak selama 2 jam..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: