August 20, 2008

Selamat Datang ke Sheffield

Posted in Tips, Umum at 12:23 pm by mysheffield

Assalammualaikum wrmh wbrth & Salam Sejahtera;

Terlebih dahulu bagi Pihak Persatuan Masyarakat Pelajar Malaysia Sheffield (PMPMS), kami ingin mengucapkan selamat berangkat dan selamat datang ke Sheffield, UK. Semoga anda dan keluarga akan selamat sampai di sini seperti yang dijadualkan.

2. Bagi pihak PMPMS juga bersama ini di sertakan sedikit maklumat berkaitan persediaan kami dalam menerima kehadiran Saudara & keluarga sebagai sebahagian dari masyarakat di sini kelak. Insya’Allah, anda dan keluarga akan terus dibantu setakat termampu oleh kami semua di sini untuk memudah dan memulakan kehidupan baru anda di Sheffield.

a. Bagi yang datang berkeluarga,

setiba di Manchester Airport, wakil kami (pengiring) akan menunggu utk mengambil anda dan akan terus di bawa ke rumah rakan yg bersedia menjadi host kpd anda & keluarga, sebelum kami membantu mencarikan rumah sewa dan anda boleh berpindah ke rumah sewa berkenaan.

–     sila maklumkan berapa orang yang akan datang serta umur anak2 (untuk

menyediakan booster seat dan car seat ).

–    Sila nyatakan samada perlu kereta atau van

b. Bagi yang datang seorang diri

Bagi yang pernah berada di UK, diharap dapat naik TRAIN dari Airport Manchester ke Sheffield (City Centre) rujuk http://www.manchesterairport.co.uk/web.nsf/Content/RailNetworkMaps , wakil kami akan menunggu utk mengambil Sdr dari Sheffield Train Station dan akan terus di bawa ke rumah rakan yg bersedia menjadi host kpd anda, sebelum kami membantu mencarikan bilik sewa untuk anda.

Bagi yang pertama kali tiba di UK, kenderaan boleh disediakan atas permintaan.

3. Majoriti kami disini terdiri dari para pelajar. Tugas menyambut pelajar baru dilakukan secara sukarela. Jadi dipohon kerjasama anda mengambil perhatian terhadap sumbangan saguhati kepada rakan dan host yg membantu menyediakan kenderaan dari Manchester Airport ke Sheffield dan juga menjadi host. Ia bukan berbentuk paksaan dari kami, sebaliknya lebih berbentuk sumbangan ikhlas utk mengurangkan bebanan mereka (duit minyak) yg telah sudi secara sukarela untuk membantu.

4.   BAYARAN SAGUHATI mengikut tradisi kami adalah seperti berikut

a.  Pengangkutan (Sheffield ke Manchester Airport(return)):

1 Van/MPV                    = GPB 70.00

1 Estate Car                   = GBP 60.00

1 Kereta                         = GPB 50.00

Kereta / Van Sewa        = bergantung kepada sewa yang dikenakan

(yang berpatutan)

b.  Perumahan :

Anda juga  diharap membayar saguhati kepada sesiapa yang menjadi HOS anda sebelum anda masuk kerumah anda sendiri. Ini bergantung berapa lama anda berada di rumah HOS tersebut.

Bayarannya mengikut hari:

Dewasa           : £5.00 seorang

Kanak-kanak : £2.00 seorang

(Bayaran akan dipungut oleh Bendahari PMPMS dan pembayaran kepada Hos akan diuruskan oleh PMPMS)


5.  Berikut disertakan serba sedikit panduan atau checklist mengenai perkara-perkara yang perlu dibawa ke sini. Sayugia diingat yang hampir kesemua perkara boleh diperolehi di sini. Yang membezakannya ialah samada senang/susah memperolehinya, harganya dan juga citarasa.

– Rice cooker

– cili kering

– semua jenis rempah

– ikan masin

– ikan bilis

– belacan

– agar-agar

– kopi

– Buku resepi

– Asam gelugor (asam keping)

– Susu tepung anak2 sementara nak sesuaikan dengan susu segar di sini

– Nestum

– Ubat gigi/minyak rambut/minyak wangi dll (Disini pun boleh dapatkan cuma

kena peka kepada barangan yang HALAL atau tidak)

– Ubat-ubat serba sedikit. (penadol, minyak gamat dsb) dan Vitamin

– PC/Notebook


Dinasihatkan jangan membawa banyak pakaian tebal dari Malaysia. Ia boleh didapati disini dengan harga yang murah. Tapi kalau dah ada tu, bawa sajalah. Bawa sehelai dua untuk back-up, kot-kot bila turun kapalterbang tak tahan sejuk, terutamanya masa musim winter.

Akhir sekali jangan lupa bawak DOKUMEN PERIBADI seperti berikut:-

1. Passport

2. Tiket Kapal Terbang

3. Kad Pengenalan – semua

4. Surat Beranak – semua

5. Sijil Nikah

6. Surat tawaran Belajar

7. Buku Rekod Kesihatan Anak2

8. Lesen Kenderaan yang diperbaharui – Tempoh sahnya ialah setahun dari tarikh

anda masuk ke UK.

9. NCD (Non Claim Discount) dari Malaysia-penting untuk mendapatkan diskaun

insurans kenderaan – Dapatkan translation / surat sokongan dalam Bahasa Inggeris

10. Alamat rumah di UK atau alamat Hos

Walau apapun persediaannya, persediaan yang paling afdhal ialah duit. Untuk membuka akaun bank di UK akan mengambil masa lebih kurang 2 minggu. Diharap bagi yang menggunakan Maybank, pastikan kad ATM di’activate dengan PLUS’ untuk pengeluaran wang di UK atau membuka akaun HSBC di Malaysia. Kad ATM HSBC Malaysia boleh digunakan untuk pengeluaran wang sebab terdapat HSBC UK.

APABILA TIBA DI MANCHESTER atau SHEFFIELD TRAIN STATION


No telefon yang BOLEH anda hubungi, yang bersedia mengambil

saudara (pengiring);


En. Mohd Kamel b. Wan Ibrahim, Penghulu, No H/P: +447861744202

En. Zamali b. Zamin, Timbalan Penghulu, No H/P: +447853274937

Sekian, didoakan anda & keluarga akan selamat sampai ke Sheffield, UK.

4 Comments »

  1. Zulhazmi Sayuti said,

    Salam,

    Saya Zulhazmi Sayuti, InsyaAllah akan melanjutkan pelajaran di University Of Sheffield pada 21 September 09. Mohon berkongsi maklumat dan pengalaman untuk mendapatkan rumah sewa, host sementara mendapatkan rumah, menjemput di airport dan urusan ketibaan yang berkaitan.

    Untuk makluman saya akan pergi bersama keluarga, iaitu isteri dan 3 org anak (9 thn, 6 thn, 2 thn). Mohon sudi memberi maklumat. Saya boleh dihubungi di zulhaz2@yahoo.com. Sekian, Terima kasih.

  2. sani said,

    salam. saya akan mendaftar pada 15 nov 09 seorang diri. boleh kah say dptkan bantuan berkaitan tempat kediaman. terima kasih. sanisarjadi@gmail.com

    • mysheffield said,

      Sila check email saudara

  3. anne said,

    Assalamualaikum khabar dari Malaysia!

    Saya ingin meminta bantuan persatuan pelajar di UK,kerana saya tidak pernah ke London dan takut tertipu.Bagaimana saya boleh mengesahkan kesahihan pejabat Micah&Savage Associates do no 103 1 Churchill Place,London,E14 5HP,United Kingdom-+44 702 403 8747 702 401 7778 (tel) adalah wujud di kota London kerana saya sedang dalam proses berurusan peribadi tetapi tidak tahu sama ada wujud atau tidak pejabat tersebut.Sesiapa disana yang sudi membantu saya sila email di annebiz62@yahoo.com.T.Q


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: