07.24.09
Sukan Persahabatan PMPMS dan Cranfield


Pada 18 Julai yang lalu, telah diadakan sukan persahabatan antara PMPMS dan Persatuan Pelajar Malaysia Cranfield. Aktiviti yang dijalankan ini berbentuk santai serta bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim. Pelbagai acara sukan telah diadakan, antaranya badminton, futsal, ping pong dan bola jaring.
Berikut adalah keputusan perlawanan yang telah diadakan:
Badminton:
Pusingan pertama: Cranfield (3) – PMPMS (2)
Pusingan kedua: PMPMS (2) – Cranfield (0)
Futsal:
Pusingan pertama: PMPMS (4) – Cranfield (0)
Pusingan kedua: PMPMS (1) – Cranfield (1)
Bagi ping pong dan sepak takraw, hanya perlawanan santai diadakan antara kedua-dua pasukan. Kontijen helwa pula terlibat dengan sukan badminton dan bola jaring manakala kanak-kanak terlibat dengan acara futsal.
Untuk pengetahuan semua, majoriti pelajar Malaysia di University Cranfield mengikuti pengajian dalam bidang Aerospace, Engineering dan MBA.
Sekalung tahniah dan terima kasih kepada kontijen PMPMS yang telah menyertai sukan ini dengan semangat kesukanan yang tinggi. Tidak lupa kepada Chef de Mission kita, Zaki (Crookes) yang telah berusaha mengumpul dan menguruskan kontijen PMPMS. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada warga Cranfield atas layanan yang mesra serta makanan tengahari yang disediakan.
Sekian.
Di edit daripada laporan Zamali
04.28.09
Sukan PMPMS 08/09
Assalamualaikum wrt,
Akhirnya telah tiba saat-saat yang ditunggu-tunggu iaitu perlawanan sukan antara jajahan iaitu jajahan City, Firth Park, Tinsley dan Darnall.
Sukan badminton sebagai pembukaan. Seperti tahun-tahun biasa semangat kesukanan pasti terserlah dan tahun ini Live dari Concord.
Pada 25/04/2009 telah berlangsung perlawanan badminton kategori Lelaki dan keesokkannya iaitu 26/04/2009 giliran Wanita untuk menguji ketangkasan di gelanggang.
Berikut adalah laporan khas daripada pihak pengurus iaitu En. Azman Ibrahim
Salam bahagia,
Berita yang menggemparkan telah dikenalpasti dari concord. Rampasan takhta kejuaraan badminton telah berlaku.
Perlawanan-perlawan an yang mendebarkan dengan persembahan aksi terbang, smash melencong, tepisan, servis mengelirukan, dan lain-lain lagi semuanya dapat disaksikan pada tengahari tadi. Skil-skil yang ditunjukkan, atau dikeluarkan oleh pemain-pemain sangat mengkagumkan dan menghiburkan semua penonton yang hadir.
Saya ada bersembang dengan salah seorang penonton tempatan yang bernama John Smith yang turut serta menyaksikan semua perlawanan dari mula hingga akhir. Di antara kata-kata beliau yang telah ditranslatekan dlm bahasa melayu.
“Patutlah Malaysia sudah lama tarak angkat itu piala Thomas. Rupa-rupanya semua pemain ada kat Sheffield.”
Berikut adalah keputusan perlawanan;
Pemenang pertama : CTFP
Pemenang kedua : Tinsley
Pemenang ketiga : The Rojak City FP
Pemenang keempat : Darnall
Pemenang kelima hingga ke Tiga puluh tidak diumumkan kerana tak muat dalam emel ini.
Dengan ini, saya bagi pihak PMPMS mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang, Terima kasih kepada semua pemain yang telah menghiburkan semua para penonton. Terima kasih juga kepada penghulu yang sudi memberikan hadiah kepada semua pemain, terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sudi menolong dalam penganjuran kali ini seperti membawa peralatan, tolong kira markah, menjadi pengadil dll, dan tidak lupa juga kepada penyokong dan penonton yang telah sama-sama menghingar-bangarka n concord, terima kasih diucapkan.
Mohon maaf jika ada kekurangan dalam penganjuran kali ini.
Sekian sahaja laporan saya, salam hormat dari kami.
Majulah sukan di mana jua anda berada.
En. Azman Ibrahim
Manakala laporan khas daripada pengurus Wanita iaitu Pn. Seri Rahayu
Maaflah lambat nak beritahu keputusan pelawanan badminton helwa 2009 yang berlangsung semalam. Memang seronok serta terimakasih banyak kepada peserta yang memberi kerjasama yang baik pada saya dan dapat menjayakan perlawanan serta mengikut masa yang ditetapkan.Berikut adalah keputusan perlawanan badminton helwa 2009
1. Johan – Pn Azu dan Pn Su Z2. Naib Johan – Pn Rozita dan Pn Pauziah3. Tempat Ketiga – Pn Suria dan Pn Norhayati4. Tempat Keempat – Pn Rina – Pn Yati5. Tempat Kelima – Pn Rozi dan Pn Siti Rahayu6. Tempat Keenam – Cik Tini dan Cik Mahar
Dengan ini, saya bagi pihak PMPMS mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang, Terima kasih kepada semua pemain yang bersemangat untuk bermain pada game penentuan yang mana ada yang kena main 3 dan 2kali game Terima kasih Penghulu yang sudi datang juga kepada sahabat-sahabat yang sudi menolong seperti membawa peralatan, tolong kira markah, menjadi pengadil , jaga line dll. Dari segi penyokong agak menyedihkan tidak ramai kaum helwa yang datang memberi sokongan tetapi permainan masih meriah juga. Diharap pada tahun hadapan lagi meriah.Mohon maaf jika ada kekurangan dalam penganjuran kali ini.Slam hormat dari sayaMajulah sukan di mana jua anda berada.Pn SERI RAHAYU
Alhamdulillah semoga semangat kesukanan akan mengeratkan lagi hubungan sesama kita lebih-lebih lagi hidup di perantauan.
Sukan PMPMS masih belum tamat, jangan lupa atlit-atlit bola jaring akan berjuang di gelanggang pada hari Sabtu iaitu 02/05/2005 di Concord Sport Centre.
Harapan para bapa menghulurkan bantuan untuk menjaga anak selama 2 jam..:)
03.23.08
Kelab Badminton di Sheffield untuk warga Malaysia
Jika anda berminat ingin bermain bersama kami sila hubungi seperti e-mail untuk subscribe ke badminton groups untuk info terkini dan aktiviti2 yang sedang dan akan dijalankan dlm badminton group kita.
Contact person :
Mr Bock ( Zainizam Zailan ) Tel no : 07831637118
p/s Memandangkan ajk biro sukan PMPMS akan sentiasa berubah setiap tahun ; untuk memudahkan perhubungan anda adalah digalakkan anda menghubungi contact person yg tertera seperti diatas.
Tips.
Anda digalakkan membawa peralatan bermain badminton dari malaysia, Ini kerana peralatan sukan di UK sangat mahal jika dibandingkan dgn Malaysia.Anda juga boleh membawa racket naik ke atas bagasi kapal terbang untuk mengelakkan dari kecurian atau kerosakan racket.
Aktiviti Lain.
Setiap tahun (summer) di Sheffield akan diadakan SHEFFIELD GAMES iaitu salah satunya adalah acara badminton, anda boleh bermain untuk mengetahui tahap kemampuan permainan anda.Ini kerana dlm SHEFFIELD GAMES ini akan ada pemain-pemain luar sheffield dari seluruh UK yg berasal dari Malaysia yang akan menguji tahap kemampuan masing-masing.
Selain itu kita akan mengadakan perlawanan persahabatan diantara pelajar Malaysia yg berada di sekitar Sheffield atau di luar Sheffield.








