09.30.09

Autumn Futsal Game!!!

Posted in Aktiviti at 6:16 pm by mysheffield

futsal+tour

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua warga PMPMS…

Berita baik untuk semua kaki bola dan peminat bola PMPMS… Setelah lama berehat kini tiba masa untuk kita kembali mengaktifkan diri dengan aktiviti sukan yang telah dirancang. Unit sukan PMPMS akan menganjurkan kejohanan ‘Autumn Futsal Game’ pada 18 Okt 09 bersamaan hari Ahad.

Tema kejohanan kita kali ini, “Memupuk Semangat Muhibbah Warga PMPMS Melalui Sukan”. Satu format baru akan dibuat bagi mencapai objektif tema kejohanan. Tungguuuuu. daftar dulu baru tau…

Pendaftaran akan dibuka dan semua warga PMPMS yang berumur 16 tahun keatas boleh mendaftar… pendaftaran boleh dibuat secara online dan boleh berhubung terus dengan Zamali (07853274937) atau
Sharul (07545984632)

Yuran penyertaan hanya £2. Jadi daftar sekarang sebelum kehabisan stok.

Semoga semangat muhibbah antara antara warga PMPMS akan terjalin erat melalui aktiviti sukan ini…Skill tak penting, menang belakang kira janji semangat nak memeriahkan sukan tu ada…So marilah sama2 kita bersukan sambil mengempiskan perut… (he he he jgn mara). Sekian dulu dari Unit Sukan PMPMS. info lanjut akan menyusul.

Daftar jangan tak daftar…

09.29.09

Raya! Raya! Raya!

Posted in Aktiviti at 11:40 pm by mysheffield

3

10224_1166659659493_1617964233_445348_3518654_n

1

Salam,

Sesudah sebulan berpuasa, tibalah sudah masa yang ditunggu-tunggu. Hari Raya Aidilfitri atau Eid Mubarak menjelma kembali. Pada tahun ini, warga Sheffield berpuasa selama 29 hari, dan menyambut Hari Raya pada hari Ahad, 20 September 2009.

Warga Sheffield mula hadir ke PMC seawal 8.30 pagi. Selepas solat Hari Raya, tahlil ringkas telah diadakan untuk ahli keluarga yang telah pergi khasnya ibu kepada sahabat kita, Hussin yang telah kerahmatullah pada pagi hari raya pertama. Alfatihah…

Makanan serta lauk pauk yang disediakan oleh setiap kariah ditambah dengan potluck, amat menyelerakan. Perasaan gembira terpancar pada setiap raut wajah para hadirin.

Pihak PMPMS turut mengadakan pertandingan personaliti Aidilfitri untuk pelbagai kategori. Kategori bayi comel Aidilfitri telah dimenangi oleh adik Aishah Syahrin. Kategori Single lelaki dan perempuan dimenangi oleh Mas Afzal dan Norshazwani. Kategori yang paling ditunggu-tunggu iaitu, Pasangan Aidilfitri dimenangi oleh keluarga Saari dan Suria.

Setelah tamat majlis hari raya, para hadirin ziarah menziarahi rakan taulan dan menghadiri open house.

Kemeriahan Aidilfitri di Sheffield tidak tamat pada 1 Syawal sahaja. Pada setiap hujung minggu sepanjang Syawal, Open house telah/akan diadakan mengikut kawasan.

26 dan 27 September – Open House Darnall

3 Oktober – Open house Tinsley

10, 11 dan 12 Oktober  – City Centre dan Firth Park

Sila periksa email anda untuk jemputan open house =)

Aktiviti Bulan Ramadhan

Posted in Aktiviti at 7:44 pm by mysheffield

1

Salam,

Alhamdulillah, Ramadhan telahpun berlalu dan Syawal telah menjelma. Semasa Ramadhan yang lalu, pihak PMPMS telah berjaya mengadakan majlis Iftar sebanyak 3 kali pada hari Sabtu setiap minggu. Iftar tersebut telah di adakan di Pakistan Muslim Centre (PMC). Selain berbuka puasa bersama-sama, sesi ceramah, solat Terawih dan moreh turut diadakan.

Iftar pertama telah diuruskan oleh kariah Darnall, iftar kedua oleh Tinsley dan yang terakhir oleh kariah City Centre dan Firth Park. Beberapa ahli PMPMS yang baru mendapat cahaya mata juga telah mengambil peluang iftar tersebut untuk mengadakan aqiqah.

Selain daripada iftar pada hujung minggu, aktiviti dalam kariah masing-masing turut diadakan. Ini termasuklah mengadakan solat terawih di rumah ahli kariah secara bergilir-gilir, bertukar-tukar kuih muih dan mengacau dodol.

Akhir kalam, jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Sheffield yang telah bersama-sama berganding bahu untuk menjayakan aktiviti-aktiviti pada bulan Ramadhan