08.20.09

Salam Ramadhan

Posted in Uncategorized at 7:27 pm by mysheffield

Assalamualaikum, warga PMPMS yang dikasihi,

Menjelang bulan Ramadhan yang penuh barakah, saya dan barisan ajk PMPMS mengucapkan selamat beribadah di bulan Ramadhan. Semoga ia meningkat ketakwaan kita kepada ALLAH s.w.t. Insyallah PMPMS akan menganjurkan majlis Iftar, ceramah, sembahyang terawih dan Majlis sambuatan Aidil firtri yang akan bermula pada 29 Ogos 2009.

Wassalam,

Kamel Wan Ibrahim
Penghulu

Laporan Kursus Pemantapan Solat

Posted in Aktiviti at 7:07 pm by mysheffield

Pada 8 Ogos yang lepas, Kursus Pemantapan Solat anjuran PMPMS telah dijalankan dengan jayanya. Seramai 69 peserta dari dalam dan luar Sheffield telah menghadiri kursus tersebut. Walaupun kursus tersebut berjalan sehari suntuk, majoriti peserta nampak tidak keletihan, malah terhibur dengan penyampaian Ustaz Zaharudin yang sangat informatif serta kadangkala melucukan.

Pihak PMPMS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Zaharudin yang sudi meluangkan masa mengendalikan kursus pada kali ini.  Tidak lupa juga kepada semua peserta yang begitu komited serta pihak AJK yang bertungkus lumus bekerja untuk memastikan kursus tersebut berjalan dengan jayanya.

Berdasarkan kejayaan kursus kali ini, PMPMS merancang untuk mengadakan sekurang-kurangnya 2 lagi modul ceramah atau kursus iaitu mengenai Keluarga Bahagia dan Kewangan Islam. TUNGGU……..

08.07.09

Kursus Pemantapan Solat

Posted in Berita Terkini at 2:04 am by mysheffield

**** PEMBETULAN: POSKOD BAGI SPECTRUM CENTRE IALAH S3 9LS *****

Kursus Pemantapan Solat

PMPMS akan menganjurkan Kursus Pemantapan Solat yang akan disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin. Kursus intensif ini terbuka kepada semua warga Sheffield dan luar Sheffield. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, perkhidmatan menjaga anak akan diberikan semasa kursus dijalankan. Yuran pendaftaran boleh dibayar di kaunter pendaftaran pada hari kursus.

Kursus tersebut akan diadakan di Spectrum Centre, 105 Brunswick St, S3 9LS Sheffield. Berikut adalah panduan untuk ke tempat kursus dengan menaiki pengangkutan awam.

How to go to Spectrum Centre

Bas

1- Dari Sheffield Interchange Bus Station

Sila naiki bas 265 dan berhenti di Bungreave Road/Gowar Street (4 mins) dan jalan ke Spectrum (4 mins).

2- Dari West Street

Sila naiki bas 52 dan berhenti di Wicker Wk3 (3 mins) dan jalan ke Spectrum (10 mins).

Keretapi

Sila pergi ke Sheffield Interchange yang terletak berdekatan dengan stesen keretapi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari web di bawah:

http://tsy.yorkshiretravel.net/journeyplanner/enterJourneyPlan.do