August 12, 2010

Barisan AJK PMPMS sessi 2010/2011

Posted in Umum at 6:05 pm by mysheffield

Contact

Penghulu – azri.jaafar@yahoo.com.my

Timb. Penghulu HELKI – akif0401@yahoo.com

Timb. Penghulu HELwa – rosnita_msadali@yahoo.com

Setiausaha – noorshidamohdali@yahoo.com

Exco Sukan – linacheros@gmail.com

Exco Tugas Khas – alizanismail@yahoo.com , wankamariahbaba@yahoo.com

Exco Kerohanian – suzani_samuri@yahoo.com

Exco City n F.P – sanisarjadi@yahoo.com

Exco Darnall – smfiras@gmail.com

Exco Tinsley – saifulhasley@yahoo.com

selamat bertugas

moderator

May 24, 2010

Seminar Keluarga Bahagia Islam Sheffield

Posted in Aktiviti at 6:52 am by mysheffield

Presiden / Penghulu / Wakil Pelajar / Wakil Persatuan / Mantan-Mantan Pemimpin Persatuan

Assalamualaikum,

Persatuan Masyarakat Pelajar Malaysia Sheffield (PMPMS) akan menganjurkan Seminar Keluarga Bahagia Islam yang akan disampaikan oleh ulama kita segani iaitu Ustaz Zaharudin Abd. Rahman dan Peguam Syarie, Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani. Berikut adalah perincian seminar

Tarikh : Sabtu, 5 Jun 2010

Masa : 9 pg – 5 petang

Tempat Croft House Settlement, Sheffield, S1 4BJ

Tarikh Tutup : 31 Mei 2010

Untuk mendaftar, kami perlukan dari setiap peserta seperti berikut

1) Nama:

2) Emel:

3) No tel hp:

Hantar ke kamel_wi@yahoo.com atau ayuazwal@yahoo.com

Kaedah pembayaran adalah secara online ke dalam akaun Bendahari PMPMS. Yuran £10 seorang sebelum 31 Mei 2010

No Akaun : 22490922

Sort Code : 56-00-09

Nama : Ramli MAB

Payee reference : ‘Seminar’

Apabila pembayaran telah dibuat, sila maklumkan kepada bendahari melalui email : anw_mas77@yahoo. co.uk atau anwar88@hotmail. com

Aturcara Seminar

 8.30 pg – 9.00 pg               : Pendaftaran

9.00 pg – 10.30 pg Slot 1 : Hubungan Suami Isteri

9.30 pg – 9.45 pg                 : Santapan pagi

9.45 pg – 12.15 ptg Slot 2 : Tanggungjawab dan Hak

12.15 ptg – 1.00 ptg            : Santapan tengahari

1.00 ptg – 1.30 ptg              : Solat Zuhur

1.30 ptg – 3.00 ptg Slot 3 : Alam Keibubapaan

3.00 ptg – 4.30 ptg Slot 4 : Menjauhi Perceraian, Anda Hampir?

4.30 ptg – 5.00 ptg              : Bersurai

Jadual solat pada 5 Jun : Zuhur 1.06 ptg Asar 5.30 ptg Maghrib 9.31 mlm

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada saya (07861744202) atau Siti Rahayu Mohd Hasyim (07824510518) Saya mohon seminar ini dihebahkan ke dalam mailing list persatuan masing-masing.

Jazakallahukhairan Kathira

Mohd Kamel Wan Ibrahim

Penghulu

PMPMS Sheffield

February 26, 2010

Forum Maulidur Rasul

Posted in Uncategorized at 6:16 pm by mysheffield

Sempena Maulidur Rasul yang menjelma kembali, satu program pengisian rohani akan diadakan seperti berikut;

Peta ke Croft House

Semua warga Sheffield dijemput hadir..

January 5, 2010

Amaran: Salji Lebat di Sheffield

Posted in Uncategorized at 12:43 am by mysheffield

Assalamualaikum,

Menurut laporan kajicuaca, salji akan turun secara berpanjangan mulai tengah malam ini hingga hari rabu dengan suhu dibawah paras beku. Sehubungan dengan itu, adalah dinasihatkan warga PMPMS supaya mengambil langkah berjaga-jaga. Berdasarkan pengalaman Februari 2009 lepas, perkara-perkara yang berlaku adalah sepertipengangkutan awam tergendala, beberapa sekolah ditutup, pekerja pulang awal dan kesesakan lalulintas. Sekiranya ini berlaku esok, diharapkan warga PMPMS bijak mengatur strategi bagi mengelak kesusahan.

Kepada pengguna jalan raya, berikut adalah tip-tip keselamatan memandu dalam keadaan salji.

1) Gunakan jalan raya utama yang telah ditabur garam grit.
2) Jangan memecut atau memotong.
3) Memandu dengan halaju yang rendah dan bergear rendah.
4) Jangan menukar gear atau berhenti ketika menaiki bukit.
5) Gunakan gear rendah ketika menaikidan  menuruni bukit.
6) Jika cuaca semakin buruk dan perjalan tergendala , buat persiapan untuk menunggu RAC atau AA seperti bekalan makanan dan minuman serta pengecas bateri HP dalam kereta.

Kepada sesiapa mempunyai tips atau pengalaman situasi cuaca buruk bersalji, bolehlah ‘reply all’ untuk dikongsi bersama.

Jazakallahukhair

Kamel Wan Ibrahim
Penghulu 2009/2010

November 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Posted in Aktiviti, Berita Terkini at 1:47 am by mysheffield

Insyallah dalam minggu depan, kita akan menyambut hari raya Aidil-adha.  Pada tahun ini Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Jumaat. Oleh itu terdapat isu kesesuaian masa dengan rutin seharian kita.

Setelah mendengar pandangan dari pelbagai pihak, saya telah membuat keputusan untuk membuat program sembahyang raya haji dan ibadat korban secara berasingan (seperti biasa). Ini kerana faktor hari jumaat  dan logistik daging korban serta sebab lain-lain. Bagi solat sunat Aidiladha, insyallah kita adakan pada Jumaat 27 November 2009 bertempat di Pakistan Muslim Center, Woodbourn Road, Sheffield S9 3LQ

Berikut adalah tentatif program; 27 November 2009   Jumaat

10.00 pagi  – Takbir bermula

10.30 pagi  –  Solat Aidil-adha

11.00 pagi  –  Selesai Khutbah dan Jamuan Pot-luck

12.00 tghari – Solat jumaat (Zuhur 11.55 pagi)

1.00  petang – Bersurai

Ibadat Korban

Kepada yang berniat untuk melakukan korban, boleh memberikan nama kepada Sdr Bukhari Mansoor (bukhari_ruh@ yahoo.com). Kadar seekor kambing adalah £70 seekor. Tarikh majlis kenduri korban belum diputuskan lagi kerana masalah tempahan PMC (masih dalam rundingan) yang tidak dibuka pada hujung minggu. Kemungkinan besar kita akan lantik beberapa rumah untuk dijadikan pusat pengagihan. Tarikh akhir adalah pada selasa 24 November 2009.

Saya membuka ruang kepada warga PMPMS untuk mengutarakan cadangan atau pandangan.

Semoga mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t

Jazakallahukhairan kathiran

Kamel Wan Ibrahim
Penghulu

Sinopsis Warna Warni Muslimah 2009

Posted in Aktiviti at 1:36 am by mysheffield




Warna-Warni Muslimah 2009 (WWM’09) telah berlangsung pada 1 November 2009 bertempat di Norfolk Heritage Park selama lebih kurang 4 jam. Objektif program ini adalah untuk merapatkan ukhuwah sesama kaum wanita di Sheffield, disamping melancarkan kempen memboikot barangan Amerika dan Israel yang menyokong peperangan di Palestin. Sebuah tabung kutipan derma untuk rakyat Palestin juga telah disediakan dimana jumlah kutipan ialah GBP 24.18. Tetamu dan peserta persembahan pada hari tersebut adalah terdiri dari kaum wanita Sheffield bersama anak-anak masing-masing.

Antara aktiviti-aktiviti menarik sepanjang program WWM’09 ialah tayangan video dan bacaan sajak berkisarkan keadaan di Palestin, persembahan nasyid duet dan juga dari kumpulan Ummahatusheffielly, persembahan aulad dan musical choral speaking yang rata-ratanya memperjuangkan hak Palestin dan mengajak kepada perdamaian dan kasih sayang sesama umat manusia. Persembahan terbaik dimenangi oleh Qariah Tinsley yang membuat persembahan gabungan tradisional dan moden bertajuk ‘Love from Within’ dan membawa pulang hadiah berupa hamper.

Program diselang-selikan dengan cabutan bertuah dan terdapat juga permintaan lagu dari para suami yang disampaikan semasa rehat makan tengahari. Pemilihan tokoh berdasarkan personaliti dan komitmen sepanjang program telah dilakukan dimana Puan Roziani Bt Ali telah terpilih sebagai Ratu Muslimah dan Puteri Muslimah dimenangi oleh adik Maisarah Bt. Mahadir manakala Putera Muslim pula ialah adik Adam Haikal B. Ahmad Syahrin. Marhaban untuk 4 bayi bertuah Sheffield menjadi acara terakhir program WWM’09 yang telah dirasmikan oleh wakil HELWA, Puan Roziani Bt Ali.

Wassalam,

Rita Zaharah

Sinopsis Ceramah Palestin

Posted in Aktiviti at 1:24 am by mysheffield

Assalamulaikum,

Alhamdullilah, semalam ceramah Palestin telah berjaya merungkai persoalan-persoalan yang tidak diketahui secara umum. Kita telah didedahkan mengapa Al-Fattah dan Hamas bertelagah? Sejarah idealogi Zionisme, Keperibadian As-syahid pejuang Hamas, korupsi Al-fattah dan siapa pembekal simen untuk Tembok Pemisah? Jelas, penyatuan orang Palestin telah dipecahkan oleh rencana jahat Zionis. Jadi apa peranan kita?

Ustaz Mazslee Malik menyarankan kepada kita untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan secara berterusan. Rakyat Palestin akan terus menderita. Ini mampu dilaksanakan dengan membuat aktiviti derma amal seperti  teh tarik corner, Malaysian food fair. Ini kerana menurut Ustaz Maszlee, orang british suka menderma jika ada event, tidak hanya tadah tabung sahaja. Derma ini pula akan disalurkan kepada Hamas melalui proksi-proksi tertentu. Cadangan beliau lagi ialah membuat lawatan ke kem pelarian palestin di sekitar rantau Arab.

Ustaz juga menegur kita sebagai berkata “rugi besar sape yang dtg buat PhD kat oversea ni don’t want to get involve in society, lebih baik buat kat M’sia jer”.Saya setuju dengan kenyataan beliau dan sudah sampai masanya kita perluaskan hubungan masyarakat Malaysia dengan masyarakat tempatan melalui aktiviti derma amal yang dicadangkan tadi.

Saya buka ruang untuk perbincangan daripada rakan-rakan sekalian.

Terima kasih kepada yang hadir.

Jazakallahukhairan,

M. Kamel Wan Ibrahim
Penghulu.

October 22, 2009

Ceramah Palestin dan Warna Warni Muslimah

Posted in Aktiviti at 11:00 pm by mysheffield

2 aktiviti akan diadakan pada hujung minggu hadapan. Kedua-dua aktiviti tersebut adalah anjuran bersama PMPMS dan MSM. Ceramah Palestin akan diadakan pada hari Sabtu, 31 Oktober manakala Warna Warni Muslimah pada hari Ahad 1 Oktober. Sama-samalah kita memeriahkan kedua-dua majlis tersebut. Semua dijemput hadir.

Ceramah Palestin:

Ceramah Palestine

Warna Warni Muslimah

Warna-WarniMuslimahv3

October 19, 2009

Program Rimbunan Kasih PMPMS-SMSA

Posted in Aktiviti at 10:55 pm by mysheffield

a

c

Majlis Rasmi Program Rimbunan Kasih yang merupakan program keluarga angkat telahpun berlangsung semasa majlis Raya@SMSA. Seramai 55 orang pelajar baru daripada kalangan undergraduate dan 23 keluarga postgraduate telah terlibat dalam program ini. Semoga program ini dapat merapatkan lagi ukhuwwah, mewujudkan support system yang lebih berkesan dan memberi manfaat kepada keluarga angkat dan anak angkat.

Amanat daripada Penghulu PMPMS

Malam tadi saya telah menghadiri Majlis Eid SMSA. Alhamdulillah, program Rimbunan Kasih telah disempurnakan dengan penyerahan anak angkat. Terima kasih dan tahniah kepada Sdr Rahman dan barisan ajk SMSA kerana bertungkus lumus mengendalikannya.   Insyallah, perhubungan yang terjalin antara keluarga dan anak angkat anda akan kekal hingga akhir hayat. Saya juga telah sempat mengambil seorang anak angkat kerana namanya tidak tersenarai.

Namun, berdasarkan pengalaman lepas, ada sesetengah keluarga yang ‘hilang’ perhubungan dengan anak angkat. Jumpa sekali selepas itu menghilang. Dalam hal ini, kita tidak sepatutnya mempersalahkan anak angkat sahaja. Ada banyak faktor yang menyumbang kepada fenomena ini baik dari anak angkat mahupun keluarga angkat.

Sikap keluarga angkat yg menganggap anak angkat sebagai ‘helper’/pembantu sewaktu majlis seperti hari raya dirasakan kurang sesuai melainkan kerelaan anak angkat mereka. Tiada salahnya meminta tolong tetapi jika setiap kali datang mempunyai motif tertentu, sudah tentu ia lari daripada objektif program. Saya berharap agar warga PMPMS tidak terus dilihat ‘mempergunakan’ anak angkat ini untuk kepentingan sendiri. Bagi yang berkenderaan, bawalah anak-anak angkat sekali-sekala keluar daripada Sheffield untuk berjalan-jalan seperti ke berkelah, carboot sale atau ke bandar-bandar lain.

Jazakallahu khairan Kathiran

Kamel Wan Ibrahim
Penghulu PMPMS

————————————————————————————————

Ucapan daripada Presiden SMSA


Saya mewakili exco SMSA 09/10 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua abang-abang dan kakak-kakak postgrad yang memeriahkan RAYA@SMSA tahun ini. Juga kepada penghulu, terima kasih atas ucapan tadi. Semoga pada masa lain, banyak lagi program yang boleh kita anjurkan bersama.

Mengenai Program Rimbunan Kasih, saya mengharapkan agar program ini berjalan sepanjang tahun. Freshers kali ini sangat-sangat memerlukan bantuan dari abang-abang dan kakak-kakak sekalian untuk tinggal dibumi Sheffield ini. Saya sudah menasihatkan mereka agar selalu keep in touch dengan keluarga angkat masing-masing. Di harap program ini akan memberi manfaat kepada freshers dan juga kepada abang-abang dan kakak-kakak sekalian.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih tak terhingga atas sokongan kalian semua terutama kepada Penghulu untuk menjayakan program kali ini. Minta maaf jika ada tersilap kata, tersilap bicara. Harap lain kali kita boleh bekerjasama lagi.

mohd faridzul asyraf b mat arifin (joe)
Presiden SMSA 09/10

Autumn Futsal Tournament

Posted in Aktiviti at 9:17 pm by mysheffield

gambar+ramai2.

9027_1183194552855_1617964233_489696_7994107_n

9027_1183194672858_1617964233_489698_8358829_n

Syukur Alhamdullilah, program sukan futsal kali ini dapat berjalan dengan lancar walaupun habis lewat sikit (Sori pada orang rumah yang tunggu lama sikit). Kepada semua warga PMPMS yang participate dengan bersemangat sekali, kami ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua (Tak sangka warga PMPMS ni sporting juga). Walaupun sebelum kejohanan, kita mendapat berita ada beberapa peserta, tak berapa sihat tp dpt dtg jugak,,,TQ

Bagi penyokong yang dtg, juga terima kasih atas sokongan anda… (Nampak Kak Azu & Abg Suzaili datang memberi sokongan untuk Atiq & Faris, TQ)…  Kepada Penghulu PMPMS yang sudi merasmikan kejohanan kali ini (walaupun tak dpt main, merasa tiup wisel pun jadila)…Tak lupa juga kepada photographer2 yang turut sama memeriahkan kejohanan (Yang dah upload dalam fb tu TQ (Harris & Kamel), pada yang lain tu boleh le upload dalam yahoo group PMPMS kalau senang)…TQ

Kepada ‘member’ yang terlibat secara langsung, Kino, Abbad, Rahman, Musreen & juga kepada semua yang telah menyumbang cadangan, idea dan pandangan, hanya ucapan terima kasih yang dapat kami berikan…Tak lupa pada Sharizal (Idai) & Kak Hanim atas sumbangan kreatif decoration pada mug hadiah…TQ again…

Seterusnya, sekalung tahniah kepada pasukan yang telah berjaya menjuarai kejohanan kali ini (Red See Rovers). Tak lupa juga pada naib johan (Junc 29 FC), tempat ketiga (Old Koat United) & (Marshlane Athletic) dan team Ya Fai FC & Midowhall Wonderers yang tak da luck mungkin next time kalau ada kesempatan rezeki & umur boleh cuba lagi…yang penting dapat join game dan berkumpul bersama…

Kami juga ingin memohon maaf sekiranya dalam penganjuran kali ini ada kekurangan dan ketelanjuran kata. Juga, kalau email kami sepanjang penganjuran kejohanan, menggangu mailing list PMPMS, maaf sekali lagi.

InsyaAllah kalau ada rezeki & umur yang panjang, dan permintaan dari warga PMPMS kita akan cuba organize lagi…

Akhir kata, “Kalau ada sumur di ladang, dapat kami menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita main futsal lagi”…

Sekian dulu dari kami,

Zamali & Sharul
AJK Sukan PMPMS

Next page

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.